Tempatan

Pembesar Suara Masjid & Surau: Buat Apa Ganggu Orang – Mufti P.Pinang

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PULAU PINANG, 07 April 2023 – “Kita nak beribadat buat apa kita ganggu orang, dia tidak datang ke masjid kerana tidak bersedia untuk dengar tazkirah, ceramah dan sebagainya.”

“Kalau dia nak datang ke masjid kita benar dia guna pembesar suara dalam,” kata Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor dalam isu penggunaan pembesar suara di masjid dan surau.

BACA JUGA: Keputusan Representasi Kedua Pengasas Crackhouse Comedy Club 31 Mei Ini

BACA JUGA: Bersekongkol Dengan Geng Plastik Hitam, 2 Wanita Ditahan

BACA JUGA: Tiada Insiden Panik Hari Raya Mengejut Tahun Ini – Pakar Falak

Tegasnya menurut laporan portal, penggunaan pembesar suara masjid sepatutnya dibolehkan untuk laungan azan dan iqamah sahaja.

Tambah beliau, sepatutnya tidak timbul soal dahulu kenapa boleh guna pembesar suara luar untuk mengaji, ceramah tetapi sekarang tidak boleh.

“Suasana berubah, fatwa juga kena berubah. Walaupun Pulau Pinang tidak gazetkan, cuma kita nasihatkan kariah-kariah tidak menggunakan pembesar luar untuk aktiviti lain selain azan dan iqamah.”

“Ini kerana kita ada terima aduan daripada penduduk berdekatan dengan masjid atau surau ada orang sakit, warga emas uzur, anak-anak kecil, orang nak berehat balik kerja dan pelajar hendak ulangkaji pelajaran, jadi ada rungutan itu.”

Justeru, Datuk Seri Dr Wan Salim sekali lagi menegaskan bahawa pembesar suara luar masjid digunakan hanya untuk laungan azan dan iqamah sahaja.

“Untuk Pulau Pinang kita tidak wartakan, ia terpulang pada budi bicara kariah masjid atau surau tetapi seboleh-bolehnya pembesar suara luar masjid digunakan hanya untuk laungan azan dan iqamah kerana itu sebagai lambang Islam.”

“Jika kariah bebas menggunakan pembesar suara untuk aktiviti masjid yang lain, ia dikhuatiri mengganggu komuniti setempat,” katanya lagi.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: