Solat Sunat Aidiladha: Penerima Dua Dos Vaksin Sahaja Dibenarkan – JAIS
Jangan lupa sertai Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini
SHAH ALAM, 17 Julai 2021 – Pekeliling Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menyatakan, mereka yang telah menerima dua dos suntikan vaksin diutamakan dalam menunaikan solat sunat Aidiladha di masjid dan surau di Selangor.
“Solat sunat Aidiladha hanya dibenarkan untuk dilaksanakan di masjid, surau dan rumah kediaman sahaja. Tempat-tempat lain adalah tidak dibenarkan.”
“Sebagai langkah berterusan dalam mengekang penularan Covid-19, semua pentadbir hanya dibenarkan untuk menjemput jemaah yang terdiri dari ahli kariah sahaja dan telah menerima dua dos suntikan vaksin.”
Had jemaah adalah seramai 50 orang termasuk pentadbir bagi enam jenis kategori masjid.
Ini termasuk Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (masjid negeri), Masjid Tengku Ampuan Jemaah Bukit Jelutong, Masjid Raja Haji Fi Sabilillah Cyberjaya, Masjid Pengurusan, Masjid Institusi dan Masjid Kariah.
Untuk surau kebenaran Jumaat pula hanya 40 jemaah termasuk pentadbir dibenarkan.
Bagaimanapun surau kariah tidak benarkan melaksanakan solat Aidiladha.
Pekeliling itu turut memaklumkan solat sunat Aidiladha adalah bermula pukul 8.30 pagi.