Tempatan

Pahang Benar Rakyat Tak Vaksin Solat Jemaah

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

KUANTAN, 24 September 2021 – Kerajaan Pahang membenarkan kehadiran jemaah yang belum menerima suntikan vaksin menunaikan solat Jumaat dan fardu berdasarkan prosedur operasi standard (SOP) baharu, berkuat kuasa dua hari lalu.

“Kebenaran solat Jumaat dan fardu itu di masjid negeri, masjid daerah, masjid kariah dan surau kebenaran solat Jumaat,” kata Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan Pahang, Datuk Seri Syed Ibrahim Syed Ahmad.

“Kehadiran jemaah adalah terbuka kepada semua sama ada yang sudah divaksin atau belum mengikut keluasan kapasiti masjid atau surau dan tertakluk kepada kemampuan serta kawalan.”

Katanya lagi, SOP lengkap kepada semua pentadbir masjid dan surau di Pahang akan disediakan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP).

Bagi aktiviti pengajian ilmu di masjid dan surau, hanya kuliah Maghrib dan Subuh saja dibenarkan, manakala yang lainnya perlu mendapat kebenaran JAIP.

Namun kerajaan negeri masih tidak membenarkan imam, khatib dan penceramah dari luar Pahang.

Tambahnya lagi, aktiviti jamuan di masjid dan surau juga perlu mengikut SOP semasa yang dikeluarkan pihak berkuasa.

“Majlis akad nikah boleh dilaksanakan di masjid negeri dan daerah dengan kebenaran Pejabat Agama Islam Daerah (PAID).”

“Bagi pengurusan jenazah di masjid dan surau dibenarkan mengikut SOP Pengurusan Jenazah Bukan Pesakit COVID-19 yang disediakan,” kata Datuk Seri Syed Ibrahim.

Leave a Reply

Related Articles

Back to top button