Tempatan

Ismail Sabri Dilantik Jadi TPM Berkuat Kuasa Serta-Merta – Pejabat Perdana Menteri

Jangan lupa sertai Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

PUTRAJAYA, 7 Julai 2021 – YAB Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah melantik YAB Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob sebagai Timbalan Perdana Menteri manakala YB Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun Hussein pula telah dilantik sebagai Menteri Kanan Luar Negeri, demikian kenyataan dari Pejabat Perdana Menteri hari ini.

Pelantikan ini telah disembah maklum kepada KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan berkuatkuasa serta-merta.

“YAB Perdana Menteri telah melantik YAB Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob sebagai Timbalan Perdana Menteri dan kekal memegang portfolio Menteri Pertahanan.”

“Pelantikan ini akan dapat membantu YAB Perdana Menteri menguruskan pentadbiran negara dan memenuhi keperluan rakyat dalam keadaan negara sedang menghadapi krisis kesihatan dan ekonomi pada masa ini.”

“YB Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun Hussein pula telah dilantik sebagai Menteri Kanan Luar Negeri.”

“Sebagai Menteri Kanan, beliau akan mengetuai Kluster Keselamatan yang sebelum ini diketuai oleh YAB Dato Sri Ismail Sabri.”

Tambah kenyataan itu lagi, YAB Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bersetuju supaya YB Dato’ Seri Hishammuddin membantu beliau dalam pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara.

Leave a Reply

Related Articles

Back to top button