Tempatan

PKP 3.0 Dan PKPD Wilayah: SOP Baharu Untuk Masjid Dan Surau – JAWI

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

KUALA LUMPUR, 28 Mei 2021 – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) membuat ketetapan baharu berhubung pelaksanaan solat Jumaat dan solat fardu di masjid dan surau Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan berkuat kuasa hari ini, 28 Mei 2021. (JAWI)

Di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), bilangan jemaah dibenarkan di solat Jumaat dan solat fardu di surau Jumaat Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam (PA) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), dihadkan kepada 12 orang sahaja.

Jemaah terdiri dari imam, bilal, noja dan ahli Jawatankuasa (AJK) dengan penjarakan 1.5 meter.

Bilangan jemaah untuk solat fardu di surau PPR dan PA DBKL dihadkan kepada tiga orang, terdiri dari imam, bilal dan noja atau AJK dengan penjarakan 1.5 meter.

Bagi solat Jumaat di masjid dan surau Jumaat (bukan PPR dan PA DBKL) yang berkapasiti 1,000 jemaah ke atas, bilangan jemaah dibenarkan tidak melebihi 50 orang dengan penjarakan 1.5 meter.

Manakala bagi kapasiti 1,000 jemaah ke bawah, bilangan jemaah dibenarkan tidak melebihi 20 orang dengan penjarakan 1.5 meter.

Untuk solat fardu di masjid, surau Jumaat dan surau (bukan PPR dan PA DBKL), bilangan jemaah dibenarkan tidak melebihi 12 orang yang terdiri dari pegawai masjid dan ahli Jawatankuasa sahaja dengan penjarakan 1.5 meter.

Di kawasan PKPD pula, Solat Jumaat hendaklah digantikan dengan solat Zohor, manakala bagi solat fardu dibenarkan dengan bilangan jemaah tiga orang sahaja iaitu imam, bilal dan noja atau AJK.

Pengurusan jenazah yang melibatkan bukan pesakit COVID-19 hendaklah dilaksanakan di rumah atau premis persendirian dengan had maksimum jurumandi dan petugas lima orang.

Dan bilangan jemaah untuk solat jenazah hendaklah tidak melebihi 12 orang jemaah serta kehadiran bagi pengebumian jenazah tidak melebihi 15 orang termasuk ahli keluarga terdekat.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: