Tempatan

Permaisuri Rasmi Bank Susu Patuh Syariah Pertama Di Malaysia

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUANTAN, 27 Julai 2022 – KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah hari ini berkenan berangkat menyempurnakan Majlis Perasmian Pusat Susu Bonda Halimatussaadia. Pusat itu diberi nama bersempena dengan nama ibu susuan Nabi Muhammad S.A.W. dan menjadi bank susu patuh syariah pertama di Malaysia.

Keberangkatan tiba Kebawah Duli Tuanku di Pusat Kesihatan Sultan Ahmad Shah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (SASMEC@IIUM) Kuantan itu disambut oleh Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Tan Sri Samsudin Osman dan Rektor UIAM, Prof Emeritus Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak.

Dalam majlis itu, Kebawah Duli Tuanku turut berkenan berkongsi bahawa baginda telah menitahkan supaya penyelidikan menyeluruh dilakukan agar tidak timbul isu dari segi hukum syarak khususnya bagi mengelak daripada berlakunya pertalian adik-beradik susuan ketika idea penubuhan bank susu itu disembah maklum ke pengetahuan baginda.

“Ianya dilaksanakan dengan penyelidikan meluas termasuk mewujudkan prosedur operasi standard (SOP) yang komprehensif bagi mematuhi maqasid syariah dalam memelihara bukan hanya nyawa, malah keturunan, harta dan akal.”

“Ianya juga telah melalui pelbagai siri perbincangan dengan jabatan agama termasuk Pejabat Mufti Pahang, Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang serta Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang bagi mendapatkan panduan dan nasihat jelas berhubung pematuhan syariah,” maklum kenyataan Istana Negara.

Selain berharap lebih ramai lagi wanita di luar sana mengetahui akan kewujudan pusat tersebut, Kebawah Duli Tuanku menzahirkan harapan baginda buat ibu-ibu yang dikurniakan kelebihan susu badan yang banyak untuk mendermakannya ke pusat berkenaan. Ini kerana, susu ibu adalah yang terbaik untuk perkembangan bayi.

Idea penubuhan pusat tersebut bermula pada akhir 2019 sebagai sebahagian daripada inisiatif hospital mesra bayi.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: