Rakyat India Makin Rancak Hina Nabi, Sebar Karikatur Menghina
Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
INDIA, 09 Jun 2022 – Karikatur Nabi Muhammad S.A.W., kata-kata menghina dan pelbagai lagi komentar serupa kini giat berlegar di media sosial gara-gara kenyataan menghina Nabi oleh Nupur Sharma, ahli politik dari Bharatiya Janata Party (BJP), baru-baru ini.
Kebanyakan kenyataan ini datang daripada rakyat India yang setia menyokong kenyataan ahli politik BJP tersebut, antaranya, seorang pengguna menyatakan:
“Nupur Sharma telah berjaya melakukan sesuatu yang tiada orang pernah lakukan sebelum ini. Terima kasih kepadanya, seluruh dunia tertumpu kepada perkahwinan seorang Nabi berumur 53 tahun dengan kanak-kanak berumur 6 tahun,” ujar seorang pengguna laman Twitter.
“Tiada apa-apa yang sempurna ataupun istimewa tentang Islam dan ia sepatutnya dikritik secara terbuka,” tambahnya lagi.
Lebih dahsyat dari itu, seorang pengguna lain mengepilkan sebuah karikatur menghina seolah-olah menggambarkan Nabi Muhammad S.A.W. sedang tersenyum sambil memegang tangan kanak-kanak wanita yang sedang menangis.
“Seseorang tolong jelaskan kepada saya, siapa #Muhammad ini?? Apa yang Nupur Sharma tersalah cakap tentang dia???” soal pengguna tersebut.
“Belanda tampil menyokong India. Dia menyatakan bahawa tiada apa yang salah, dan betul apa yang dikatakannyan,” ujar pengguna tersebut dalam sebuah ciapan yang lain.
Terdahulu, kenyataan Nupur Sharma telah mengundang kecaman dunia Islam gara-gara menghina Nabi Muhammad S.A.W. berikutan perkahwinan Baginda dengan Aisyah R.A.