Tempatan

Paul Yong Didapati Bersalah Rogol Amah Indonesia

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

IPOH, 27 Julai 2022 – Mahkamah Tinggi Ipoh mendapati ADUN Bersatu Tronoh, Paul Yong bersalah merogol pembantu rumah warga Indonesianya tiga tahun lalu.

Keputusan itu dikeluarkan oleh Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Abdul Wahab Mohamed hari ini.

Bekas Exco Kerajaan Negeri Perak itu didakwa merogol pembantu rumahnya yang berusia 23 tahun itu di sebuah bilik di tingkat atas rumahnya di Meru Desa Park antara jam 8.15 malam hingga 9.15 malam pada 7 Julai 2019.

Paul Yong didakwa di Mahkamah Sesyen Ipoh pada 23 Ogos 2019 ketika memegang jawatan Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam dan Kampung Baru Perak.

Terdahulu Paul Yong, 52, mendakwa tuduhan terhadapnya merupakan satu muslihat politik apabila Pakatan Harapan (PH) berjaya menubuhkan kerajaan selepas mendapat majoriti tipis pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

ADUN Tronoh itu juga berpendapat, ada pihak yang iri hati dan cemburu terhadapnya kerana memegang lima portfolio iaitu kerajaan tempatan, perumahan, pengangkutan awam, hal ehwal bukan Islam dan Kampung Baharu, menurut laporan Astro Awani.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: