Tempatan

Raja Permaisuri Agong Berkenan Berangkat Ke Majlis Khatam Al-Quran

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 29 April 2022 – KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong berkenan berangkat ke Majlis Khatam Al-Quran di Surau Utama Istana Negara, pada Khamis lalu.

Majlis Khatam Al-Quran tersebut dipimpin oleh Ustaz Mohd Zuhairee bin Mohd Yatim, Penolong Pegawai Agama Istana Negara.

Seri Paduka Baginda turut berkenan mengurniakan cenderakenangan kepada semua peserta khatam Al-Quran yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan Istana Negara.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: