Antarabangsa

Pelampau Hindu Demonstrasi Desak Tangkap Ulama Pertahan Nabi Dari Dihina

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

BUNDI, 09 Jun 2022 – Sekumpulan pelampau Hindu telah mengadakan demonstrasi tunjuk perasaan menuntut pihak polis untuk menangkap seorang ulama yang cuba mempertahankan maruah Nabi Muhammad S.A.W. daripada berterusan dihina oleh seorang pemimpin parti kerajaan India.

Kumpulan pelampau tersebut mengamuk setelah tular video Maulana Mufti Nadeem mengkritik jurucakap nasional parti kerajaan Bharatiya Janata Party (BJP), Nupur Sharma yang telah mengeluarkan kenyataan menghina Nabi Muhammad S.A.W. dan isteri baginda dalam sebuah siaran debat di televisyen.

BACA: Muslim Boleh Wujud Bersama Jika Serahkan 2000 Masjid Kepada Hindu – BJP 

BACA: Haramain: Imam Masjidil Haram Kutuk Dan Kecam Jurucakap BJP Kerana Hina Nabi Muhammad

BACA: Jangan Gentar Dengan Negara-Negara Islam – Ahli Parlimen Belanda Geert Wilders

Nupur Sharma mengeluarkan kenyataan sedemikian bagi menyokong hak penganut Hindu untuk menutup Masjid Gyanvapi yang berusia 353 tahun dan mengharamkan umat Islam untuk mendirikan solat berjemaah di dalamnya bagi memberi ruang para penganut Hindu untuk menyembah Dewa di dalamnya.

Tunduk kepada desakan demonstrasi para pelampau Hindu itu, pihak polis Bundi Kotwali membuka kertas siasatan terhadap Maulana Mufti Nadeem di bawah seksyen 153A, 153B dan 294.

Penghinaan terhadap Nabi Muhammad itu telah menimbulkan kemarahan umat Islam di beberapa buah negara sehingga menyebabkan mereka membuat tindakan drastik memboikot produk keluaran India sebagai tindak balas.

Pasaraya di Timur Tengah keluarkan produk dari India sebagai hukuman kerana menghina Nabi Muhammad S.A.W dan ia merupakan kempen boikot besar-besaran yang diumumkan di negara-negara Islam.

Bukan itu sahaja, beberapa majikan Arab turut membuat keputusan mengeluarkan pekerja India (Hindu) daripada syarikat mereka.

“Seorang India (tukang kayu), yang agamanya Modi, bekerja bawah tajaan saya. Dia sedang bercuti. Saya memberitahunya bahawa saya tidak mahu dia kembali kerana penghinaan Rasul kami,” kata seorang majikan.

Negara Timur Tengah yang terlibat termasuklah Arab Saudi, Kuwait dan Bahrain yang menyeru agar produk dari India diboikot daripada pasaraya mereka.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: