Tempatan

Agong Beri Sumbangan Kepada Asnaf Di Sarawak

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SARAWAK, 23 April 2022 – KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mengurniakan sumbangan kepada 30 penerima daripada golongan asnaf ketika majlis berbuka puasa dan solat Maghrib berjemaah di Masjid Jamek Negeri, Kuching, Sarawak.

Keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda ke majlis berbuka puasa dan solat Maghrib tersebut pada pukul 6.30 petang diiringi Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah disambut oleh Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg, menurut hantaran di Facebook rasmi Istana Negara.

Sebelumnya, KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong turut berkenan berangkat ke bazar Ramadan Satok, Kuching, Sarawak.

Turut berangkat anakanda Seri Paduka Baginda, YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafizatullah.

Keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda berdua disambut YB Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato’ Sri Haji Abdul Karim Rahman Hamzah dan isteri Datin Sri Hajah Zuraini binti Abdul Jabbar.

Seri Paduka Baginda berdua turut berkenan membeli juadah berbuka puasa dan meluangkan masa beramah mesra bersama pengunjung di bazar Ramadan serta menyantuni peniaga-peniaga di bazar Ramadan tersebut.

KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong berangkat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching bagi lawatan ke Negeri Sarawak selama dua hari.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: