Tempatan

Solat Subuh Berjemaah 40 Hari Dapat Basikal

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

MELAKA, 20 Februari 2022 – Pihak Masjid Nur As-Sa’adah Kampung Pengkalan Batu menyediakan hadiah 40 buah basikal kepada kanak-kanak sebagai inisiatif galakan solat berjemaah menerusi Program Istiqamah Subuh 40 Hari.

“Program ini bertujuan menjadikan tempat ibadah ini mesra kanak-kanak, sekali gus mengimarahkannya. Kami rasa seronok melihat perkembangan positif di masjid ini,” kata pengerusi masjid Datuk Amzah Osman.

Inisiatif yang dijalankan sejak awal bulan ini bertujuan memberi suntikan semangat dan motivasi kepada anak-anak di dalam kariah itu sebagai usaha melahirkan generasi berakhlak serta berdisiplin, selain menyuburkan nilai-nilai murni.

Program yang menelan belanja sekitar RM20,000 itu mendapat sambutan menggalakkan apabila kehadiran generasi muda kelihatan bertambah, terutamanya pada hujung minggu bagi mengikuti ceramah, tazkirah dan kelas pengajian agama.

Beliau berkata, ramai kanak-kanak hadir ke masjid dengan berpakaian sekolah pada hari persekolahan untuk menunaikan solat Subuh dan setiap mereka diberikan kad yang akan dicop sebagai tanda hadir bersolat jemaah.

Selain itu, pihak masjid juga berinisiatif menyediakan Gerobok Rezeki untuk golongan asnaf dan mereka yang memerlukan bantuan keperluan. Antara barangan yang disediakan adalah gula, kopi dan lampin pakai buang.

“Mereka diberi kad untuk memilih 24 barangan yang disediakan di sini secara percuma. Dana bantuan ini juga hasil sumbangan daripada dermawan dan orang perseorangan,” kata Amzah yang berharap usaha itu menjadi ikutan masjid lain.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: