Tempatan

Agong Beri Sumbangan Kepada Asnaf Di Kuantan

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUANTAN, 23 April 2022 – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menyerahkan sumbangan kepada lima keluarga asnaf dalam Program Ziarah Kasih Sempena Ramadan di Kuantan, semalam.

KDYMM Seri Paduka Baginda turut berkenan menyempurnakan program tersebut yang diadakan di Kampung Baru Beserah, Kampung Bahagia Beserah, dan Kampung Batu Hitam Beserah.

“Semoga sumbangan ini dapat meringankan beban yang ditanggung mereka terutamanya semasa bulan Ramadan dan membantu persiapan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang tiba,” ujar Istana Negara menerusi hantaran di laman Facebook.

Turut berangkat dalam program itu, KDYMM Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah, YAM Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah dan YAM Tengku Panglima Muda Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah.

Keberangkatan Seri Paduka Baginda dalam program itu mencerminkan keperibadian dan keprihatinan tinggi Baginda dan Pemangku Raja Pahang terhadap rakyat yang memerlukan bantuan.

Leave a Reply

Back to top button