Tempatan

Agong Terima Lawatan Rasmi Sulung Menteri Luar Arab Saudi

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 09 Jun 2022 – KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menerima mengadap Menteri Luar Arab Saudi, Yang Mulia Putera Faisal bin Farhan Al Saud yang melakukan lawatan rasmi sulung beliau ke Malaysia bermula 07 Jun 2022 hingga 09 Jun 2022 di Istana Negara.

Kenyataan yang dikeluarkan Istana Negara itu turut memaklumkan mengenai keberangkatan tiba KDYMM Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dalam majlis mengadap tersebut.

Istana Negara dalam kenyataan sama memaklumkan bahawa pertemuan yang berlangsung selama 30 minit itu berkisarkan tentang Kebawah Duli Tuanku dan Yang Mulia Putera Faisal yang menyentuh berkenaan hubungan dua hala dan persahabatan yang utuh serta erat terjalin di antara Kerajaan Malaysia dan Arab Saudi sejak tahun 1957 serta usaha-usaha pengukuhan perdagangan dan ekonomi antara kedua-dua negara.

“Seri Paduka Baginda menzahirkan penghargaan dan rasa sukacita terhadap hubungan akar umbi Malaysia dan Arab Saudi yang juga telah terjalin secara istimewa di dalam pelbagai aspek, termasuk sumbangan dan bantuan yang telah dihulurkan kepada Malaysia dalam memerangi penularan wabak COVID-19 serta pemulihan pasca pandemik.”

Menutup kenyataan, Istana Negara turut memberitahu tentang aktiviti kedua-dua pemimpin tersebut yang turut menyentuh mengenai langkah-langkah yang boleh diambil bagi meningkatkan dan memperkembangkan lagi kerjasama dan pelaburan di dalam pelbagai bidang.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: