Tempatan

Cukuplah Berpolitik Siang Dan Malam – Titah KDYMM Yang Di-Pertuan Agong

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 01 Mac 2022 – “Gunung Kinabalu sama didaki, Sungai Pahang sama direnang, jikalau semua bersatu hati, kerja yang susah menjadi senang.”

“Busana tradisi kain bersulam, warnanya jingga berawan larat, cukuplah berpolitik siang dan malam, fokuskan menjaga kepentingan rakyat.”

Demikian pantun lapan kerat berunsurkan nasihat yang dititahkan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah buat ahli Dewan Rakyat dalam Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen ke-14.

Portal berita Astro Awani melaporkan bahawa, KDYMM Seri Paduka Baginda berkenan mengingatkan semua pemimpin di negara ini agar sentiasa mengutamakan kebajikan rakyat berbanding berpolitik sepanjang masa.

Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen ke-14 ini kembali bersidang di Dewan Rakyat selepas melabuhkan tirai pada 20 Disember 2021 dan ia merupakan sidang Parlimen kedua di bawah kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Lanskap politik negara kini lebih stabil bagi menjayakan agenda pembangunan demi kepentingan rakyat beta dan masa hadapan negara,” titah KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong.

Dalam pada itu, Seri Paduka Baginda turut berkenan menzahirkan titah dan harapan Baginda terhadap amalan rasuah yang kini menjadi satu isu serius dan semakin berleluasa dalam kalangan pemimpin di Malaysia.

“Dalam membina sebuah negara bangsa yang telus dan berintegriti, beta memandang serius tentang isu rasuah yang berlaku.”

“Beta percaya kerajaan sedang melaksanakan dasar dan inisiatif Pelan Antirasuah Nasional menerusi tindakan penguatkuasaan, pencegahan dan pendidikan bagi membanteras segala bentuk jenayah rasuah.”

“Kerajaan juga sedang menambah baik sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan melalui inisiatif Kerajaan Digital secara end-to-end supaya lebih telus, cekap dan profesional,” titah Baginda.

Sebelum berangkat meninggalkan Sidang Dewan Rakyat yang berlangsung pada Isnin 28 Februari 2022 itu, Seri Paduka Baginda sempat menitahkan pesan buat ahli dewan berkenaan melalui pantun nasihat yang berbunyi:

“Kalau sesiapa nak jawab, tunggu tahun depan.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: