Tempatan

Kebangkitan Negara Tidak Mungkin Menjadi Realiti Jika Berpecah-Belah – YDPA

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 05 Jun 2022 – “Pemulihan dan kebangkitan negara yang diimpikan tidak mungkin akan menjadi realiti jika kita semua berpecah-belah dan gagal untuk mewujudkan landskap kehidupan yang stabil.” Berikut merupakan titah KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Seri Paduka Baginda turut mengiktiraf kesukaran dalam membawa negara keluar daripada kemelut dan kesukaran yang diakibatkan krisis wabak COVID-19.

“Hakikatnya, ia bukanlah merupakan suatu perkara yang mudah untuk mengemudi negara keluar dari kesan pandemik COVID-19. Natijahnya, pemulihan negara memerlukan simbiosis yang erat antara kerajaan dan rakyat beta,” titah Baginda.

“Perpaduan dan keber­samaan dalam sebuah ma­syarakat yang mempunyai pelbagai latar belakang, adalah sebenarnya merupakan resipi dan kekuatan dalam membentuk aspirasi nasional,” jelas Baginda dalam perutusan tersebut.

“Marilah kita semua berganding bahu di dalam sebuah kesepaduan yang erat ke arah membentuk Malaysia yang gemilang,” titah Baginda lagi.

Dalam perutusan bersempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Baginda, Seri Paduka Baginda turut menekankan supaya pucuk kepimpinan negara dan perkhidmatan awam berkerja dengan tulus supaya keadaan sosioekonomi rakyat dilindungi.

“Pada kesempatan ini beta ingin mengajak pemimpin-pemimpin dan anggota perkhidmatan awam untuk terus berkhidmat setulus hati dalam menentukan sosioekonomi rakyat beta terus dilindungi,” titah Seri Paduka Baginda.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: