Antarabangsa

Singapura Kekal Seks Sesama Lelaki Sebagai Jenayah

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SINGAPURA, 01 Mac 2022 – Mahkamah Rayuan pada Isnin lalu menolak tiga cabaran terhadap Seksyen 377A Kanun Keseksaan yang menjadikannya satu jenayah di sisi undang-undang untuk mengadakan hubungan seks sesama lelaki.

Undang-undang menjadikannya satu jenayah bagi seorang lelaki, sama ada di khalayak ramai atau secara tertutup, untuk melakukan apa-apa perbuatan “sumbang senonoh” dengan lelaki lain.

Cabaran itu dikemukakan oleh Dr Roy Tan Seng Kee, seorang aktivis hak Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT); Encik Johnson Ong Ming, seorang joki cakera; dan Encik Bryan Choong, bekas Pengarah Eksekutif Oogachaga iaitu sebuah pertubuhan LGBT.

Hujah utama mereka adalah undang-undang tersebut tidak adil kerana melarang kegiatan homoseksual antara lelaki dengan lelaki tetapi tidak melarang kegiatan yang sama bagi wanita.

Mereka turut berhujah adalah tidak masuk akal untuk menjenayahkan orientasi seksual tertentu apabila bukti saintifik menunjukkan bahawa orientasi seksual tidak boleh diubah secara sukarela.

Ketua Hakim Singapura Sundaresh Menon menyampaikan keputusan penghakiman bagi pihak panel lima hakim untuk menolak cabaran tersebut.

Panel lima hakim tersebut telah memutuskan bahawa Seksyen 377A “tidak boleh dikuatkuasakan secara keseluruhannya” mengisyaratkan sebuah perubahan dalam dasar Singapura terhadap LGBT.

Mahkamah berkata “kompromi politik” ini mempunyai kepentingan undang-undang.

Dalam penghakiman setebal 149 muka surat, mahkamah berkata latar belakang politik kepada pengekalan Seksyen 377A pada 2007 tidak boleh diabaikan dalam menganalisis keabsahan peruntukan itu.

Ini kerana kerajaan berpandangan bahawa keseimbangan perlu dicapai antara menerima individu homoseksual sebagai sebahagian daripada masyarakat dan menghormati pandangan yang lebih tradisional masyarakat arus perdana, kata mahkamah.

Pada 2018, Peguam Negara Singapura, Lucien Wong menyatakan dasar am untuk tidak mendakwa lelaki dewasa yang melakukan perbuatan seksual peribadi.

Terdahulu, pada 2007, Perdana Menteri Lee Hsien Loong berkata status quo mesti kekal tetapi menjelaskan bahawa undang-undang tentang kegiatan homoseksual itu tidak akan dikuatkuasakan.

Encik Ong diwakili oleh Encik Eugene Thuraisingam, Encik Choong diwakili oleh Peguam Kanan Harpreet Singh Nehal, dan Dr Tan diwakili oleh Encik M. Ravi.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: