Tempatan

Guna Sains Fahami LGBT — Timbalan Menteri MCA

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

KUALA LUMPUR, 13 November 2021 – Timbalan Menteri Belia Dan Sukan, Senator Datuk Seri Ti Lian Ker menegaskan agar kita memahami isu berkenaan komuniti LGBT melalui sains dan teknologi, dan bukannya hanya menyalahkan Barat semata-mata.

“Menyentuh mengenai nilai-nilai Barat, saya rasa budaya ini wujud di mana-mana kerana ia adalah nilai kemanusiaan atau kemasyarakatan.”

“Perlulah kita memahami dan mengkaji, apakah punca masalah di sebaliknya dan bukannya menyalahkan kepada pengaruh Barat. Saya rasa kita perlu meneliti psikologi, fizikal dan sebagainya,” kata senator tersebut.

Naib Presiden MCA itu mengeluarkan kenyataan tersebut bagi menangkis kekhuatiran Nik Mohammad Abduh mengenai langkah kerajaan bagi mengatasi masalah penyebaran budaya Barat di Malaysia sama ada melalui “media sosial atau filem-filem”, terutamanya yang berkaitan dengan LGBT.

Nik Abduh yakin bahawa tanpa sebarang campur tangan secara serius daripada kerajaan, maka “serangan ke atas akhlak dan budaya kita” akan semakin membarah.

Ti Lian Ker kemudian membawa isu ini di hantaran Facebook beliau, menegaskan bahawa menuding jari kepada pengaruh Barat semata-mata terhadap isu LGBT ini tidak akan menyelesaikan masalah.

“Adalah lebih mudah untuk menyalahkan Barat untuk semua benda yang dilihat sebagai negatif dan bukan daripada nilai ketimuran,” keluh timbalan menteri itu.

Screenshot-2021-11-11-174940-274x300.png

Leave a Reply

Back to top button