Tempatan

JFS Desak Media Tempatan Batalkan Dialog Mengenai PrEP, Dakwa Terma Komuniti Songsang Burukkan Stigma

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 16 Disember 2022 – Justice for Sisters mendesak sebuah media portal tempatan untuk membatalkan dialog mengenai penggunaan ubat Pre-exposure prophylaxis (PrEP) untuk golongan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transeksual (LGBT).

“Justice for Sisters menggesa Sinar Harian membatalkan atau menangguhkan episode “PrEP buat Komuniti Songsang Lega @ Bencana?” di Di Sebalik Isu bersama FY malam ini jam 8.30 malam,” kata Justice for Sisters dalam satu kenyataan media.

Menurut kempen perjuangkan hak mak nyah di Malaysia itu, tajuk panel itu sendiri sudah sarat dengan stigma.

“Dengan menyifatkan golongan LGBT sebagai ‘komuniti songsang’ dan menyatakan sama ada PrEP adalah satu kelegaan atau malapetaka, Sinar Harian sudah membuat penilaian moral dan memburukkan lagi stigma dan maklumat salah berkaitan PrEP dan golongan LGBT.”

Dakwa Justice for Sisters lagi, Sinar Harian seharusnya mempertimbangkan semula faedah dialog malam ini kepada kesihatan awam dan membatalkannya bagi mengurangkan maklumat salah dan stigma terhadap golongan LGBT yang disifatkan mereka sebagai populasi terpinggir.

Bukan itu sahaja, mereka juga menyeru agar Kementerian Kesihatan dan Kementerian Komunikasi dan Digital memberi perhatian segera kepada sentimen prejudis terhadap penduduk terpinggir serta kualiti dan ketepatan maklumat berkaitan kesihatan yang disebarkan oleh media.

Terdahulu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merancang untuk memperluaskan penggunaan ubat Pre-exposure prophylaxis (PrEP) kepada pasangan homoseksual berstatus HIV-negatif dan secara atas permintaan.

Rancangan KKM ini dibantah oleh sekumpulan pakar dan profesional perubatan seperti Profesor Dr Rafidah Hanim, Profesor Dr Samsul Draman, Profesor Dr Anis Safura Ramli, Profesor Dr Harmy bin Mohamed Yusof, Profesor Madya Dr Rosediani Muhamad dan Profesor Madya Dr Ani Amelia Dato’ Zainuddin.

Menurut mereka, abstinen adalah mesej utama yang sepatutnya kita ulang-ulang dan tekankan untuk mempromosi pencegahan HIV dalam kalangan lelaki yang melakukan seks dengan lelaki (MSM).

Malah, pihak Ikatan Pengamal Perubatan dan Kesihatan Malaysia (I-Medik) juga menegaskan bahawa tindakan KKM yang mahu meluaskan penggunaan ubat PrEP kepada pasangan homoseksual berstatus HIV-negatif yang seakan memberi galakan budaya songsang itu di kalangan masyarakat.

“Tindakan ini seumpama kempen ‘safe sex’ dengan pemberian kondom yang pernah dianjurkan sekitar tahun 2018,” kata Setiausaha Majlis Ulama ISMA (MUIS), Dr Ahmad Sanusi Azmi.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: