Antarabangsa

Piala Dunia Qatar: ‘Robin Hood’ Dihalau Ke Negara Asal, Promosi LGBT

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

DOHA, 02 Disember 2022 – ‘The Hawk’ seorang peminat bola sepak dari Itali telah dihantar pulang ke negara asalnya selepas bertindak agresif dengan menyerbu padang dan mengibarkan bendera pelangi semasa perlawanan antara Portugal dan Uruguay pada Piala Dunia Qatar 2022.

Menurut pihak berkuasa tempatan, ‘The Hawk’ dengan nama sebenar Mario Ferri sebelum itu telah ditahan tetapi dibebaskan semula oleh pihak berkuasa tanpa sebarang syarat.

Mario berkata, “FIFA mengharamkan lilitan lengan kapten pelangi dan bendera hak asasi manusia di tempat duduk, mereka menyekat setiap orang, tetapi tidak saya. Saya seperti Robin Hood.”

Selain menunjukkan sokongan kepada golongan LGBT, Mario turut menggesa agar pencerobohan Rusia di Ukraine dihentikan dengan memakai baju T-shirt bertulis “Save Ukraine” di bahagian hadapan dan “Respect for Iranian Woman” pada bahagian belakang.

Seorang pengguna Twitter dalam pada itu mengingatkan bahawa hubungan sesama jantina merupakan kesalahan jenayah di Qatar.

Berdasarkan laporan media, semasa Piala Dunia 2014 di Brazil, dia berkelakuan sama dengan menyerbu padang ketika pertembungan Belgium-Amerika Syarikat memakai baju-T yang bertulis “Selamatkan anak-anak favela” dan “Ciro Vive”, sebagai penghormatan kepada peminat Napoli yang meninggal dunia tidak lama sebelum itu.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: