Tempatan

Sungai Pahang Cetek Sejak 3 Minggu Lalu, Lebih Teruk Dari 1996

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

MARAN, 06 Ogos 2023 – Fenomena air Sungai Pahang cetek dan kering hingga membentuk beting pasir luas didakwa lebih teruk berbanding yang pernah terjadi pada tahun 1996.

@haikalllll66 Sungai pahang depan umah kering lalu dh cuaca panas sgt nk g seberang xyh naik bot dh ngaruk je g kg seberang#fypシ゚viral #fypシ #hadirkomen✅ #anakjatipahang06 #sungaipahangchenor #sungaipahangmaran #etoksungai ♬ Menjaring Matahari – Ebiet G. Ade

Penduduk Kampung Sanding, Jamil Awang Noh, 64 berkata, dia telah mengalami kerugian kira-kira RM60,000 dalam tempoh 12 bulan apabila berpuluh ribu benih ikan patin dan tilapia yang dilepaskan sejak Ogos tahun lalu, mati berperingkat disebabkan paras sungai cetek dan kering.

“Tak pernah kami duga keadaan ini akan berlaku. Sungai Pahang yang menjadi nadi kepada penduduk setempat, kini bertukar lesu.”

BACA JUGA: PRN: Berpada-Pada Pasang Bendera Parti Pada Kenderaan – Anthony Loke

BACA JUGA: PRN: Rakyat Mahu Wakil Rakyat Dipilih Mampu Selesai Masalah Banjir

BACA JUGA: Rampasan 47 Ular Dibawa Penumpang Dari Malaysia, JKDM Beri Penjelasan

Penduduk di Kampung Tanjung Berangan, Pesagi, Rosmawati Sulaiman, 41, pula berkata, dia rugi lebih RM10,000 apabila lapan sangkar ikan terletak di dekat Chenor kini berada di atas beting pasir.

“Sejak tiga minggu lalu air sungai yang membentuk seperti kolam di Sungai Pahang ini semakin surut, hingga banyak ikan patin dan tilapia diternak mati kerana kepanasan dan air tercemar.”

“Situasi ini bukan hanya menjejaskan pendapatan pengusaha seperti kami tetapi turut membabitkan nelayan darat disebabkan ikan sungai banyak mati.”

“Faktor cuaca panas dan taburan hujan yang sedikit dalam jangka masa panjang di kawasan hulu, yang menyebabkan Sungai Pahang semakin kering dan membentuk beting pasir luas ini,” katanya.

Jelasnya, untuk mengelak kerugian lebih besar, dia terpaksa menjual ikan pada harga lebih rendah. Ikan yang masih belum mencapai saiz pasaran dijual dengan harga RM16 sekilogram (kg) berbanding RM22 kg sebelum ini.

“Penternakan ikan sangkar juga tutup sementara sehingga mungkin November, bergantung kepada paras sungai,” katanya.

Justeru, pengusaha-pengusaha ternakan ikan sangkar di sini berharap pihak Kerajaan membantu mereka mengatasi masalah ini.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: