Tempatan

Agong Berangkat Ke Majlis Ramah Mesra Aidilfitri Di Istana Abdulaziz

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUANTAN, 05 Mei 2022 – KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan berangkat ke Majlis Ramah Mesra Aidilfitri di Istana Abdulaziz, Kuantan, Pahang semalam.

Turut berangkat KDYMM Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah, YAM Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah dan YAM Paduka-Paduka anakanda serta kerabat-kerabat Diraja Pahang.

Selain itu, turut sama hadir ke Majlis Ramah Mesra Aidilfitri adalah Menteri Besar Pahang, YAB Dato’ Sri Wan Rosdy bin Wan Ismail dan Setiausaha Kerajaan negeri Pahang, Dato’ Sri Dr Sallehuddin bin Ishak.

Dalam hantaran Facebook rasmi Istana Negara turut merakam kegembiraan para tetamu apabila Seri Paduka Baginda berdua berkenan beramah mesra bersama semua tetamu yang hadir.

Sambutan Majlis Ramah Mesra Aidilfitri di Istana Abdulaziz dimeriahkan dengan kehadiran kira-kira 400 orang tetamu.

Leave a Reply

Back to top button