Tempatan

Majlis Ramah Mesra Aidilfitri Pertama Di Istana Negara Selepas Pandemik COVID-19

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 04 Mei 2022 – KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan berangkat ke Majlis Ramah Mesra Hari Raya Aidilfri yang pertama diadakan di Istana Negara selepas dua tahun negara dilanda pandemik COVID-19.

Majlis Ramah Mesra Hari Raya Aidilfitri yang diadakan pada 02 Mei 2022 iaitu pada hari raya pertama selepas kali terakhir diadakan pada tahun 2019 turut dihadiri oleh barisan jemaah menteri dan perwakilan asing.

Antara barisan tetamu yang hadir adalah Perdana Menteri Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob dan isteri Datin Seri Muhaini Zainal Abidin, serta hampir semua Jemaah Menteri termasuk Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin, dan Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa.

Majlis turut menyaksikan kehadiran orang kenamaan lain yang iaitu Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun dan Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Dr Rais Yatim, Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Mohd Zuki Ali, Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Jeneral Tan Sri Affendi Buang dan Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani.

Selain itu, perwakilan asing dari Turki, Singapura, Amerika Syarikat, Azerbaijan, Australia, New Zealand, Bangladesh, Pakistan, Ireland, Kanada dan lain-lain antara tetamu yang hadir ke Majlis Ramah Mesra Hari Raya Aidilfri itu.

Turut memeriahkan majlis adalah veteran ATM, veteran Polis Diraja Malaysia (PDRM), ahli sukan veteran, beberapa kelompok ketua Orang Asli, serta aktivis sosial Kuan Chee Heng atau lebih dikenali sebagai Uncle Kentang.

Majlis Ramah Mesra Hari Raya Aidilfitri yang diadakan di Istana Negara itu dihadiri oleh lebih 800 orang tetamu dan selesai jam 1 tengah hari, seperti dilaporkan oleh Istana Negara dalam hantaran di Facebook.

Leave a Reply

Back to top button