Tempatan

PREMIER? Macam Nama Tisu – ADUN DAP

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KHAMIS, 17 Februari 2022 – ADUN DAP Pending, Violet Yong Wui Wui menentang cadangan negeri Sarawak untuk menukar nama Ketua Menteri Sarawak kepada ‘Premier’ dengan mengaitkan perkataan tersebut dengan jenama tisu.

BACA: Negara Sarawak Boleh Merdeka! Sarawak Merdeka! – YB Priscilla Lau
BACA: Cina Generasi Ketiga Layak Diiktiraf Bumiputera – ADUN DAP Sarawak
BACA: Hak Muslim Minoriti Sabah Bina Masjid Ditentang Sejak Merdeka – CONCERN

“Kenapa perlu menggunakan nama itu yang sama dengan jenama kertas tisu?” ujar Violet Yong sambil menunjukkan kotak produk tersebut semasa perbahasan mengenai Rang Undang-undang Perlembagaan Negeri Sarawak (Pindaan), 2022.

Senada dengan ADUN Pending adalah Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen yang menyifatkan pindaan Perkara 6(3) Perlembagaan Negeri Sarawak bagi menggantikan terma pemimpin nombor satu Sarawak itu sebagai tindakan ‘syok sendiri’.

“Tiada keperluan untuk menukar gelaran itu hanya untuk menunjukkan perbezaan status pemimpin Sarawak berbanding negeri lain dan tidak memberi apa-apa manfaat.”

Bekas Perdana Menteri, Najib Razak dalam hantaran di Facebooknya, membidas tindakan ADUN DAP yang membawa jenama kertas tisu Premier ke DUN untuk menyindir penukaran gelaran Ketua Menteri ke Premier.

Penukaran gelaran Ketua Menteri tersebut merupakan komitmen kerajaan persekutuan terhadap Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) yang melambangkan kedudukan Sarawak sebagai rakan dalam Malaysia, jelas beliau.

Banyak lagi negara dan negeri yang juga menggunakan gelaran ‘Premier’, contohnya negeri-negeri Australia, negara China iaitu Premier Li Keqiang, kata Najib Razak.

Selasa lalu, Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan Negeri Sarawak (Pindaan) 2022 bagi menukar gelaran jawatan ‘Ketua Menteri’ kepada ‘Premier’ telah diluluskan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: