Antarabangsa

Taiwan Sediakan Rakyat Hadapi Serangan China

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

TAIPEI, 23 April 2022 – Kerajaan Taiwan telah menerbitkan “buku panduan untuk kelangsungan hidup” buat pertama kalinya bagi membimbing rakyatnya menghadapi kebarangkalian penaklukan China pada masa akan datang.

Buku Panduan Pertahanan Nasional setebal 28 muka surat itu mendidik rakyat awam “garis panduan tindak balas kecemasan semasa krisis ketenteraan,” menurut Kementerian Pertahanan Taiwan yang bertanggungjawab dalam penyediaan dan penerbitan bahan tersebut.

Bahang peperangan di Ukraine pada masa ini telah menyebabkan Taiwan berjaga-jaga akan kemungkinan China merebut peluang untuk menyerang negara itu ketika dunia sedang leka.

“Saya tak pernah sangka kita perlukan panduan sebegini tapi baguslah kerajaan ambil langkah berjaga-jaga,” kata Cathy Hsieh, kerani bank yang terkejut dengan penerbitan buku panduan tersebut.

Buku tersebut mengandungi panduan untuk bagaimana mencari tempat berlindung ketika negara menghadapi serangan bom dan apa yang perlu dilakukan sewaktu kecemasan yang melibatkan kebakaran dan serangan udara.

Ia juga mengajar rakyat akan perbezaan di antara bunyi-bunyi siren amaran.

Pasukan tentera Taiwan juga mengadakan latihan ketenteraan berskala besar minggu lepas sebagai latihan tindak balas pantas pada simulasi serangan pesawat-pesawat pejuang China.

Aset-aset tentera seperti pesawat pejuang F-16, pesawat tempur Indigenous Defense Fighters (IDF), helikopter Apache dan beberapa pesawat lain telah digunakan dalam latihan itu.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: