Orang Cina Fasih Melayu Dan Mahir Tulis Jawi
Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
ISNIN, 07 Februari 2022 – “Memahami bumi yang dipijak bukan milik mereka, maka mereka berusaha menjaga adab agar tidak mengganggu perasaan penduduk tempatan. Hasilnya, moyang tidak hanya fasih berbahasa Melayu, malah boleh menulis dan membaca dalam tulisan Jawi dengan baik,” ujar seorang pelajar program asasi di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
Beliau berkata, orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa. Sikap inilah yang menjadi amalan hidup keluarga nenek. Bak kata pepatah, masuk ke dalam kandang kambing mengembek, masuk ke dalam kandang kerbau menguak. Keluarga nenek tidak mengasingkan diri daripada komuniti Melayu dan mereka selesa hidup dalam masyarakat Melayu walaupun terdapat komuniti Cina peranakan yang tinggal berdekatan.
BACA: KP Kesihatan Sahkan Berlaku Kes Radang Jantung Selepas Vaksin
BACA: Kes Sejumlah Banduan Kajang Mati Lepas Dos Ketiga, PPIM Tuntut Penjelasan
BACA: Dos Penggalak Mungkin Bawa Penderitaan: “Istikharah Dahulu” – Mufti Perlis
Pelajar ini berpeluang menceritakan tentang ayah kepada arwah moyangnya, Abdullah Sulaiman Al-Yunani bersama dua saudara yang bertekad meninggalkan tanah asal mereka di China bagi mencari tempat baharu di mana mereka dapat menunaikan amal ibadat dengan bebas.
“Moyang belayar meninggalkan Guangdong dan memulakan perniagaan di Singapura sebelum akhirnya menetap di Kuala Terengganu. Kedatangan mereka disambut baik masyarakat Melayu tempatan dan Pemerintahan Kesultanan Melayu Terengganu di bawah Almarhum Sultan Zainal Abidin III mengamalkan konsep keterbukaan dan mahabbah,” jelas pelajar itu.
Beliau memaklumkan bahawa almarhum mengalu-alukan kedatangan para ulama serta pedagang luar, khususnya yang beragama Islam untuk menetap dan bersama-sama memakmurkan negeri itu.
Walau bagaimanapun, beliau memberitahu bahawa mereka sentiasa menghayati warisan budaya nenek moyang dan warna kegemaran nenek adalah merah, iaitu warna yang disifatkan oleh orang Cina sebagai pembawa _ong_ (tuah). Nenek juga suka akan angka lapan dan sering memakai gelang jed berwarna hijau.
Bersempena dengan Tahun Baru Cina, beliau meluahkan perasaan gembira dan syukur kerana mempunyai asal usul keluarga yang sedemikian dan berdoa semoga Allah SWT mencucuri rahmat-Nya ke atas roh-roh mereka yang telah mendahului kita, amin.