Antarabangsa

Hina Nabi: Gabenor Aceh Usir Duta Besar India Di Indonesia

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

ACEH, 17 Jun 2022 – Gabenor Aceh, Nova Iriansyah telah mengarahkan Duta Besar India ke Indonesia dan Timor Leste, Manoj Kumar Bharti menghentikan aktivitinya di Aceh dengan serta merta susulan kenyataan penghinaan terhadap Nabi Muhammad S.A.W. yang menggemparkan dunia terutama umat Islam.

Nova Iriansyah menjelaskan bahawa beliau telah meminta bahagian teknikal dan kakitangan khas kerajaan Aceh agar segera menamatkan aktiviti Duta Besar India itu di Bandar Aceh.

Tindakan oleh Nova Iriansyah itu adalah sebagai protes terhadap Nupur Sharma dan Naveen Kumar Jindal, dua ahli politik dari parti pemerintah India, Parti Bharatiya Janata (BJP), yang menghina Nabi Muhammad S.A.W.

Beliau menjelaskan dalam hantaran Twitternya bahawa beliau membantah sekeras-kerasnya kenyataan dua ahli politik India tersebut.

“Kami membantah keras kenyataan 2 ahli politik India dari parti pemerintah.”

Merupakan wilayah yang majoritinya penduduk beragama Islam dan melaksanakan syariat Islam, masyarakat Aceh membantah sekeras-kerasnya kenyataan dua ahli politik India yang menghina Islam dan Nabi Muhammad S.A.W., tegas Nova Iriansyah sekali lagi.

Walaupun beliau tidak memaklumkan aktiviti apa yang dilakukan Manoj Kumar Bharti di Bandar Aceh namun, Duta Besar India itu dilaporkan membuat lawatan ke Universiti Syah Kuala (Unsyiah) pada 9 Jun lalu untuk memberikan ucapan dan penerangan mengenai program biasiswa yang disediakan oleh kerajaan India untuk pelajar Indonesia.

Ketua Perkhidmatan Bersepadu dan Perkhidmatan Pelaburan Sehenti (DPMPTSP) Aceh, Marthunis memaklumkan, “Susulan kenyataan gabenor, kami segera memaklumkan kepada Duta India mengenai kenyataan itu, memendekkan dan menamatkan acara rasmi yang melibatkan aktiviti duta itu.”

Selain Gabenor Aceh, beberapa pemimpin dunia lain juga lantang menyatakan bantahan menerusi pelbagai tindakan, antaranya calon Gabenor Maryland, John B. King Jr. menolak sumbangan sebanyak $1,500 (RM6,633) yang diterima untuk kempennya selepas mengetahui bahawa pendermanya mempunyai kaitan dengan sentimen Islamofobia dan gerakan fasis Hindutva dan kemudiannya mendermakan wang sumbangan tersebut kepada Muslim Advocates iaitu sebuah organisasi hak sivil nasional yang memerangi ketaksuban.

Leave a Reply

Back to top button