NGO

Kedutaan India Tidak Beretika, Kerajaan Perlu Tegas dan Panggil Duta India – Zamri Vinoth

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PERLIS, 21 Jun 2022 – “India selaku negara demokrasi terbesar di dunia telah hilang kelayakan untuk menyatakan mereka sebagai sebuah negara demokrasi apabila mereka tidak menghormati hak bersuara masyarakat berbilang yang lain,” ujar Pengerusi One Centre Malaysia Perlis, Zamri Vinoth.

Menurutnya, satu contoh buktinya ialah apabila duta India di Malaysia tidak menerima dan tidak melayan pemimpin-pemimpin NGO yang terdiri lebih daripada 140 NGO Islam yang membangkitkan ketidakpuasan hati mereka ke atas kerajaan BJP India di mana pemimpinnya telah membuat satu kenyataan menghina Rasulullah S.A.W. dan mereka tidak mendengar keluhan dan luahan masyarakat.

“Itu menunjukan India telah hilang kelayakan untuk menyatakan mereka adalah sebuah negara demokrasi terbesar di dunia,” tegasnya.

Zamri berkata, jika kita lihat, insiden sebegini bukan kali pertama berlaku di negara India yang mana juga melibatkan Malaysia itu sendiri.

Jelasnya, kali ini jika kita lihat duta India di Malaysia sendiri tidak menerima dan tidak memberi layanan baik kepada wakil-wakil daripada NGO yang telah pergi memberikan memorandum kepada mereka.

Beliau berkata, perkara sebegini juga pernah berlaku pada Disember 2018 di mana duta India di Malaysia telah membuat satu dakwaan liar berkaitan dengan kuil di Seafield dengan menyalahkan kononnya masyarakat Islam di Malaysia dalam isu yang berlaku di kuil Seafield itu.

“Jadi saya beranggapan ianya adalah satu tindakan yang tidak beretika daripada satu entiti yang mendakwa diri mereka adalah duta kepada sebuah negara gergasi di dunia ini.”

Tambah beliau lagi, jika kita lihat negara India telah pun hilang nama baiknya sejak BJP mula menguasai negara tersebut dan kita telah melihat serangan demi serangan telah dilakukan terhadap umat Islam dan juga umat Kristian di sana.

Ujarnya, di negara India minoriti seringkali diperkotak-katikkan.

Penghinaan Secara Langsung Dan Terbuka

Zamri berkata, mereka membuat pelbagai tuduhan liar hatta jika kita lihat sejarah bagaimana penghinaan terhadap Rasulullah S.A.W. ini boleh muncul di dalam satu rancangan televisyen di negara India apabila kita dapati ada debat antara Islam dan juga pihak Hindu di mana mereka ingin membincangkan berkaitan dengan satu penemuan di dalam masjid yang kononnya mereka mengatakan itu adalah tuhan orang Hindu.

Menurut beliau, itu adalah punca berlakunya perdebatan dan akhirnya mereka juga telah menghina Rasulullah S.A.W. secara ‘live’ di dalam program televisyen debat tersebut.

Beliau berkata, jika kita melihat sejak BJP memerintah, di negara India telah berlaku pelbagai onar dan kita nampak serangan dan pukulan sentiasa diberikan kepada minoriti Islam dan juga Kristian di negara tersebut.

“Saya fikir negara-negara Islam lain perlu mengambil serius tentang perkara-perkara ini dan kita perlu bersatu demi menentang kekejaman yang dilakukan oleh negara India terhadap minoriti di sana,” ujarnya.

Kerajaan Malaysia Perlu Tegas Dan Panggil Duta India

Tegas beliau lagi, Kerajaan Malaysia perlu tegas dalam perkara ini dan sepatutnya memanggil duta India dan meminta mereka agar menghormati sistem demokrasi yang kononnya India berpegang kepada sistem tersebut dengan paling kurang harus menerima memorandum-memorandum yang ingin diserahkan kepada mereka.

Mereka juga perlu menyoal dan juga membuat siasatan terhadap kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh dua orang pemimpin di negara India yang daripada parti BJP juga.

“Kita sebagai rakyat Malaysia, pemimpin NGO Gerakan Sivil Malaysia termasuk pemimpin-pemimpin Islam, kita perlu gerakan satu pemboikotan terhadap produk-produk negara India sehingga mereka menyelesaikan isu ini, memberi penghormatan terhadap masyarakat Islam di negara India hatta di seluruh dunia.”

Jika kita lihat, lebih dari 20 negara-negara Islam telah mengemukakan bantahan mereka terhadap negara India dengan memanggil duta-duta dari negara seperti Kuwait, Iran, Iraq termasuk juga Egypt, Indonesia dan mereka telah memberikan kecaman dan bantahan kepada negara India.

Boikot Semua Produk Dari Negara India

Malah, bukan sekadar bantahan tetapi kita juga perlu boikot barangan-barangan daripada negara India agar ianya memberi pengajaran kepada kesemua pemimpin di negara India agar jangan bermain dengan isu-isu yang berkaitan dengan agama Islam menghina dan sebagainya.

Justeru, perlu ada desakan dan tindakan tegas termasuk dari kalangan pemimpin negara kita terhadap negara India dan kita juga perlu melancarkan kempen boikot negara India dan kalau boleh jangan berurusan dengan negara India selagimana mereka terus-menerus menindas kaum minoriti di negara India,” ujarnya mengakhiri kenyataan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: