Antarabangsa

Kepala Ular Dalam Juadah Pesawat, Katering Digantung

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

ANKARA, 27 Julai 2022 – Pramugari sebuah syarikat tambang murah Turki, SunExpress, terkejut selepas menemui kepala ular yang terpotong dalam juadahnya.

Kejadian itu berlaku pada 21 Julai lalu semasa pramugari itu bertugas untuk penerbangan dari Ankara ke Dusseldorf, Jerman.

Menurut seorang kakitangan kabin, mereka menemui kepala ular bersaiz kecil yang tersembunyi di celah-celah kentang dan sayur-sayuran ketika mereka sedang menikmati juadah tengah hari bersama kru mereka.

Menurut The Independent, susulan kejadian ini, SunExpress yang berpangkalan di Antalya itu telah mengeluarkan kenyataan menegaskan bahawa perkara itu tidak boleh diterima sama sekali.

“Dengan lebih daripada 30 tahun pengalaman dalam industri penerbangan, adalah menjadi keutamaan kami bahawa perkhidmatan yang kami sediakan kepada tetamu kami di pesawat kami adalah berkualiti tinggi dan kedua-dua tetamu dan pekerja kami mempunyai pengalaman penerbangan yang selesa dan selamat.”

“Dakwaan mengenai keadaan makanan seperti dilaporkan media adalah tidak boleh diterima, justeru, siasatan terperinci akan dilakukan.”

Walau bagaimanapun, Sancak Inflight Services yang bertanggungjawab menyediakan makanan untuk syarikat penerbangan itu menafikan insiden itu berlaku di dapur kendaliannya.

“Kami tidak menggunakan apa-apa objek asing yang tidak sepatutnya berada dalam makanan semasa memasak (kerana keadaan teknikal dan haba yang digunakan dalam kemudahan katering dalam penerbangan).”

Sancak Inflight Services turut mendakwa bahawa kepala ular itu telah dimasukkan ke dalam makanan selepas itu, bukan sebelum atau semasa makanan itu dimasak.

Ini bukanlah kejadian pertama bendasing yang tidak sepatutnya ada dijumpai dalam makanan syarikat penerbangan itu. Sebelum ini, kru penerbangan pernah menemui kumbang dan siput babi dalam makanan kapal terbang.

Susulan kejadian ini, SunExpress telah menggantung usahasama dengan syarikat katering tersebut.

“Sehingga proses soal siasat selesai, semua langkah dan tindakan pencegahan, termasuk menghentikan bekalan produk berkaitan, telah dilakukan serta-merta.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: