Tempatan

Peningkatan Kos Sara Hidup: Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi Ditubuhkan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PUTRAJAYA, 30 Jun 2022 – Mesyuarat Jemaah Menteri semalam bersetuju untuk menubuhkan Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi bagi membantu Keluarga Malaysia yang menghadapi peningkatan kos sara hidup.

Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob dalam kenyataannya menjelaskan bahawa pasukan tersebut berperanan dalam merangka strategi serta mengkoordinasi tindakan dalam menyelesaikan isu-isu yang berkaitan inflasi terutamanya mengawal kenaikan harga barang dengan lebih efisien dan berkesan.

Ia adalah ekoran daripada peningkatan kos sara hidup kesan daripada perubahan iklim dan ketidaktentuan geopolitik termasuk konflik antara Rusia dan Ukraine.

Katanya, konflik berkenaan yang dijangka berlarutan itu juga mampu memberi kesan kepada pasaran komoditi makanan dan bahan api.

Jelasnya lagi, Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi itu akan dipengerusikan oleh Tan Sri Annuar Musa, Menteri Komunikasi dan Multimedia serta dianggotai oleh Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee, Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Dato’ Sri Alexander Nanta Linggi, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Dato’ Sri Mustapa Mohamed, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi dan Tan Sri Mohd. Zuki Ali, Ketua Setiausaha Negara.

Menurut beliau, pasukan tersebut akan mengadakan mesyuarat sebanyak dua kali seminggu iaitu pada hari Isnin dan Khamis.

Bukan itu sahaja, setiap kementerian akan melantik pegawai khusus yang berperanan sebagai rujukan (focal point) untuk memberi maklum balas segera kepada Pasukan Khas yang diurusetia oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

“Kerajaan sentiasa berusaha untuk memastikan Keluarga Malaysia tidak terkesan dengan serius akibat daripada kenaikan inflasi di seluruh dunia,” ujar Dato’ Sri Ismail Sabri.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: