Tempatan

Isu Kos Sara Hidup: Kementerian Beri Tambang Bas Percuma Di 3 Negeri

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SEREMBAN, 17 Ogos 2023 – Kementerian Pengangkutan menawarkan perkhidmatan percuma myBas di tiga buah negeri (Johor, Perak dan Negeri Sembilan) bagi mengurangkan beban kos sara hidup.

Menterinya, Anthony Loke berkata perkhidmatan tersebut ditawarkan bagi individu berkeperluan khas yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat, pelajar berumur antara tujuh hingga 17 tahun serta golongan warga emas berumur 60 tahun ke atas.

Ujarnya, mereka boleh memohon kad myBasKonsesi dan menikmati perjalanan percuma di 58 laluan di tiga negeri itu.

BACA JUGA: Bekas Gereja Ditukar Menjadi Masjid, Dijangka Beroperasi 2024

BACA JUGA: Kerajaan Negeri Nafi Tuduhan Burukkan Usaha Pemutihan Sekolah Agama Persendirian

BACA JUGA: Air Sungai Meningkat, 2 Pusat Rekreasi Perlis Ditutup

“Mereka yang layak hanya perlu membawa dokumen pengenalan diri MyKad, MyKid atau MyTentera atau kad OKU yang dikeluarkan Jabatan Kebajikan Masyarakat semasa membuat permohonan mulai hari ini (kelmarin),” jelas beliau.

Permohonan kad boleh dibuat di Stesen Terminal One, Seremban; Nilai Sentral; stesen bas di Bahau, Tampin dan Port Dickson. Penduduk Johor pula boleh pergi ke KSL City Mall, TF Value Mart di Nusa Bestari, Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin, serta terminal bas Gelang Patah dan Kulai. Manakala di Ipoh, kad boleh dimohon di Stesen Medan Kidd.

Tambah Loke, kad perlu diperbaharui setiap tahun namun tiada sebarang bayaran dikenakan ke atas pengguna.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: