Pelampau Hindu Belasah Pelancong Tolak Lembu
Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
GOA, 01 Julai 2022 – Tular di media sosial sebuah video yang menunjukkan beberapa orang pelancong asing termasuklah kaum wanita dibelasah oleh pelampau Hindu sewaktu berkelah di sebuah pantai di Goa.
Dalam video berdurasi hampir dua minit itu juga menunjukkan pelampau Hindu tergamak memukul mereka yang berada di situ dengan sebatang kayu selain mengejar mangsa.
This video is from Goa. A foreign tourist was trying to drive away a cow by pushing it because the cow was trying to eat her family’s fruits and vegetables.
But then Hindutva terrorists suddenly attack the tourist and his wife with weapons and break all his belongings. pic.twitter.com/B4zyx9qXjD
— Abdul Quadir – عبد القادر (@Journaltics) June 27, 2022
Menurut Abdul Quadir, seorang pengguna Twitter yang berkongsikan rakaman itu, kejadian dipercayai berlaku apabila salah seorang dari pelancong itu menolak seekor lembu yang cuba memakan makanan berkelah yang dibawa.
“Tetapi tiba-tiba sahaja pelampau Hindutva menyerang pelancong itu bersama isterinya dengan senjata-senjata dan memecahkan barangan miliknya.”
Kata Abdul Quadir, sejak tahun 2014, 95% kejadian pukul hingga mati berlaku disebabkan oleh lembu.
“5% dari mangsa terdiri daripada pelancong asing dan selebihnya adalah Muslim.”
Terdahulu, lima anggota polis di Uttar Pradesh ditahan kerana didakwa menyeksa seorang lelaki Muslim dengan memasukkan kayu ke dalam duburnya dan memberikannya renjatan elektrik kerana menyangka lelaki itu sedang menyembelih seekor lembu.
Sebelum itu pula, tular sebuah video menunjukkan seorang pemandu lori pikap Muslim dibelasah tanpa henti dengan tali pinggang oleh kumpulan pengawas lembu selepas mereka menuduhnya membawa daging dan menyeludup lembu.
Kumpulan lelaki itu membelasah Mohammad Aamir, 35, tanpa belas kasihan walaupun dirayu agar mereka berhenti memukulnya.