Antarabangsa

Mak Nyah Ukraine Meraung Kerajaan Paksa Perang Kerana Dianggap Lelaki

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

UKRAINE, 16 Mac 2022 – Beberapa mak nyah Ukraine meluahkan penderitaan mereka yang gagal melepaskan diri dari Ukraine hanya kerana tertera jantina ‘lelaki’ dan ‘nama lama lelaki’ dalam dokumentasi pengenalan mereka.

Mereka kini diselubungi ketakutan kerana terdapat kemungkinan bakal dipaksa menyertai pasukan tentera kerana berjantina lelaki. Kerajaan Ukraine telah mengeluarkan arahan menyekat semua lelaki berusia antara 18 sehingga 60 tahun daripada melarikan diri ke luar negara.

Jika mereka berjaya melepaskan diri ke luar negara sekalipun, mak nyah Ukraine masih berasa khuatir negara-negara jiran seperti Poland dan Hungary tidak akan menerima mereka seadanya, dengan jantina yang mereka pilih sendiri.

“Saya terpaksa pilih antara negara asal saya – yang saya dah belajar untuk hidup – atau negara asing yang saya rasa lebih terasing dan merbahaya,” kata salah seorang daripada mereka.

Zi Faámelu, seorang mak nyah berumur 31 tahun daripada Kiev menegaskan bahawa nyawa beliau sekarang terancam kerana bakal dipaksa menyertai peperangan melawan Rusia.

Beliau yang bekerja sebagai selebriti muzik berkata, “Sepertimana ratusan lagi mak nyah di Ukraine, saya seorang wanita, tetapi tertera jantina ‘lelaki’ di pasport dan semua kad pengenalan saya, jadi ini adalah perang di dalam perang. Mak nyah Ukraine sudah pun bertarung demi nyawa mereka.”

“Ada ratusan seperti kami yang tersekat disini, tinggal dalam hidup yang menderita. Kami perlukan lebih pengaruh dari negara luar. Kami mahu orang-orang menulis kepada ahli politik dan badan kebajikan berhampiran untuk tolong kami.”

Beliau juga mengkritik kerajaan Ukraine kerana selama ini telah menghalang mereka daripada menukar identiti jantina mereka di kad pengenalan.

Zi Faámelu berkata, jika mereka berkeras mahu mengubah identiti jantina secara rasmi, mereka perlu melalui proses yang “menghinakan” sehingga ada yang dipaksa “tinggal di pusat perubatan mental selama berbulan-bulan, menjalani ujian-ujian psikologi dan fizikal bagi membuktikan jantina mereka”.

“Kami tak mahu melalui semua itu, jadi kami kekalkan jantina asal di pasport kami seperti sedia kala dan hidup seperti biasa, mendiamkan diri. Itu adalah neraka bagi mak nyah di sini. Saya patut cabut lari awal-awal tetapi saya terpaksa menunggu dokumen jantina kecemasan daripada para doktor di sini, tetapi doktor-doktor itu menolak saya.”

Leave a Reply

Back to top button