Antarabangsa

Sekat Ekonomi Kami, Kami Anggap Isytihar Perang – Putin

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

MOSCOW, 07 Mac 2022 – Presiden Rusia, Vladimir Putin pada Sabtu lalu menyatakan bahawa pihak Rusia menganggap sebarang sekatan yang dikenakan ke atas mereka oleh mana-mana negara adalah sebuah pengisytiharan perang.

Antara negara yang telah mengenakan sekatan ekonomi ke atas Rusia ialah Singapura, Amerika Syarikat, Kanada, Kesatuan Eropah dan beberapa negara lain.

Beliau turut menegaskan bahawa mana-mana negara yang mengenakan sekatan ruang udara ke atas pihak Rusia akan dikira sebagai telah menyertai perang tersebut.

“Sekatan-sekatan ini adalah seperti sebuah pengisytiharan perang, tapi syukurlah ia belum sampai kesitu lagi, ujarnya seperti yang dilaporkan Reuters.

Baru-baru ini Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy telah merayu supaya negara-negara lain, terutamanya NATO, mengenakan sekatan udara ke atas Rusia bagi membendung serangan ke atas Ukraine.

Sekatan udara adalah sebuah sekatan yang dilakukan oleh sesebuah negara ke atas pesawat negara lain.

Dalam konteks perang Rusia-Ukraine ini, ia bermaksud sekatan yang menghalang pesawat Rusia dari melalui kawasan udara negara yang melakukan sekatan. Sekiranya pihak Rusia melanggar sekatan tersebut, pesawat Rusia boleh ditembak jatuh oleh negara berkenaan.

Beberapa analisis menyatakan bahawa dalam situasi perang Rusia-Ukraine, sekatan tidak cenderung untuk berlaku kerana ia boleh membawa kepada konflik lebih besar, termasuk perang nuklear.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: