Tempatan

RTK Naik Harga?

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 18 Februari 2022 – Pengguna media sosial mempersoalkan apa yang berlaku kepada Rapid Test Kit Antibodi (RTK) yang sebelum ini dijual di bawah RM6 selepas mendapati RTK yang dijual kini naik harga.

“Apa yang berlaku kepada semua kit ujian kendiri COVID di bawah 6 ringgit? Sebelum ini selalu jumpa dekat Speedmart dan Mr.DIY. Sekarang tak dapat diperoleh sebab “kehabisan stok” farmasi-farmasi menjualnya dengan harga lebih dari RM8 setiap kotak. Bagaimana kami nak buat ujian 3 kali seminggu kalau harga mahal nak mampus?” ujar @SyarifahAmin dalam Twitternya.

Luahannya itu mendapat sokongan dari pengguna-pengguna media sosial lain yang turut bersetuju harga terkini RTK adalah lebih mahal berbanding harga yang dijual sebelum ini.

“Inilah yang saya beritahu semalam. Saya selalu beli jenama ‘All Test’ dekat farmasi dengan harga RM6 tetapi baru-baru ini mereka kehabisan stok. Dekat S*** jenama yang sama dijual sampai cecah harga RM7.99 setiap satu,” kata @iam_ein.

@nrhilwanie pula terus menunjukkan RTK jenama ‘All Test’ yang dibelinya berharga RM10 setiap satu.

Ciapannya itu mendapat perhatian ramai kerana mereka menyatakan RTK tersebut sepatutnya dijual pada harga RM4.90, oleh itu netizen memintanya untuk segera melaporkan perkara tersebut.

Bagi @afiqnorhasmadi, yang juga pengguna media sosial menyatakan, beliau pernah membangkitkan isu harga RTK sejak 2 September 2021 lagi, tetapi ciapannya dibalas dengan makian.

“Aku dulu sembang pasal kawalan harga, kena caci maki, hahahahaha. Sekarang? Hahahahahaha. B** sesetengah orang Malaysia ni, sekarang bila kena buat regular testing sebab variant Omicron ni, kita bincang balik tentang kawalan stok, harga. Kan buat kerja 2 kali tu.”

Kerajaan menetapkan harga borong dan runcit maksimum Kit Ujian Pantas (RTK) Antigen COVID-19 masing-masing dikawal pada RM16.00 dan RM19.90 yang sudah berkuat kuasa pada 5 September 2021.

Sebelum ini, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) pernah menyatakan, permintaan terhadap kit ujian kendiri tersebut dijangka meningkat susulan kesedaran orang ramai membuat ujian sendiri bagi memastikan diri bebas dari wabak.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: