Tempatan

Pemberian Khas Untuk Sabah Sarawak Akan Dinaikkan – PM

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUCHING, 21 Januari 2023 – Majlis bersetuju untuk menambah baik tahap Pemberian Khas kepada Sabah dan Sarawak, kata Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim semasa Mesyuarat Majlis Tindakan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), pada Jumaat lalu.

Katanya, formula Pemberian Khas akan dikaji semula bersesuaian dengan keperluan perkhidmatan negeri dan kedudukan kewangan Kerajaan Persekutuan.

BACA JUGA: Dasar Kebudayaan Kebangsaan Tidak Dihormati, Tokoh Akademik Kecewa

BACA JUGA: Kedudukan Sabah, Sarawak, PM Janji Minta Nasihat Raja-Raja Melayu

BACA JUGA: Penjara Atau Denda, Guna Jata Persekutuan Tanpa Kebenaran

Oleh itu, sebagai langkah permulaan, kadar Pemberian Khas kepada Sabah dan Sarawak masing-masing akan dinaikkan lebih kurang RM300 juta setahun.

“Jadi untuk peringkat awal, Premier menekankan satu kaedah yang kita tetapkan formula yang jelas.“

“Saya dalam mesyuarat tadi bersetuju formula jelas, tetapi peringkat awal ini kita beri sekitar RM16 juta itu naik sekitar RM300 juta sebagai satu sumbangan tetapi ini tertakluk kepada formula ditetapkan.”

Tegasnya, Kerajaan komited untuk menyegerakkan rundingan formula baharu Pemberian Khas ini.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: