Tempatan

35% Kerusi Parlimen Untuk 20% Rakyat Malaysia Tidak Adil – Aktivis Politik Malaysia Timur

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUCHING, 20 September 2022 – “Kuota kerusi itu bertentangan prinsip demokrasi kerana dua negeri itu hanya membentuk 20% daripada populasi negara,” kata aktivis veteran Malaysia Timur, Peter John Jaban dalam isu peruntukan 35 peratus kerusi Parlimen yang dituntut oleh Sabah dan Sarawak seperti yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia (MA63).

Ujarnya, Dewan Negara perlu menjalani “penstrukturan semula menyeluruh” untuk membolehkan Sabah dan Sarawak memveto pindaan Perlembagaan dan tindakan perundangan lain yang mungkin menjejaskan kepentingan rakyatnya.

Cadangan ini dilihat senada dengan Pengerusi kumpulan reformasi pilihan raya, BERSIH, Thomas Fann yang juga mahu satu reformasi dilakukan terhadap Dewan Negara untuk memastikan Sabah dan Sarawak mempunyai perwakilan lebih ramai bagi menjalankan proses semak dan imbang.

“Ini masa baik untuk bercakap tentang mengimbangi semula kuasa, bukan saja memberi lebih autonomi kepada Malaysia Timur, tetapi juga negeri lain di Malaysia Barat,” kata Thomas Fann menurut sebuah portal.

“Dalam erti kata lain, kita bercakap mengenai desentralisasi Putrajaya. Itu sesuatu yang kita pasti sokong, untuk memastikan demokrasi kembali ke negeri dan akhirnya kerajaan tempatan juga,” katanya lagi.

Malaysia dijangka mempunyai 244 kerusi di Dewan Rakyat pada Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) sekiranya Kerajaan meluluskan peruntukan 35 peratus kerusi Parlimen yang dituntut.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: