Tempatan

Sabah Sedia Hadapi Monsun Timur Laut, 608 Lokasi Hotspot Dikenal Pasti

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KOTA KINABALU, 30 Ogos 2022 – Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Seri Safar Untong memaklumkan kerajaan Sabah telah mengenal pasti sebanyak 608 lokasi ‘hotspot’ bencana banjir dan bersiap sedia sepenuhnya untuk menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) tahun ini.

Menurutnya, seramai 8,432 pegawai dan anggota daripada pelbagai agensi dan jabatan di negeri itu sedia untuk ditugaskan.

Semua pegawai daerah, selaku Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah, turut diarah bersiap sedia dan mengaktifkan Bilik Gerakan Bencana di daerah masing-masing pada bila-bila masa.

Di samping itu, katanya, sebanyak 928 pengangkutan darat, 206 pengangkutan air serta lapan logistik udara juga telah dikenal pasti dan disediakan.

“75 lokasi pendaratan helikopter disediakan bagi kawasan sukar diakses menggunakan laluan darat termasuk di kawasan berhampiran pusat pemindahan sementara (PPS) bagi memudahkan urusan pemindahan penduduk dan penghantaran bantuan kepada mangsa.”

Safar berkata demikian selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah bagi membincangkan persediaan menghadapi MTL di Menara Kinabalu pada Isnin lalu.

Turut hadir, Pengarah Angkatan Pertawanan Awam Malaysia (APM) Sabah, Mohtar Samat dan Timbalan Pengarah Bahagian Operasi Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Rusli Ibrahim.

Monsun Timur Laut dijangka melanda negeri itu bermula November ini hingga Februari tahun depan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: