Tempatan

AWAS! Jabatan Kesihatan Labuan Larang Makan Hidupan Bercangkerang

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

LABUAN, 21 Februari 2023 – Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Jabatan Kesihatan WP Labuan mengeluarkan amaran agar orang ramai elakkan dari makan hidupan bercangkerang buat masa ini.

Peringatan ini dikeluarkan berikutan pengesanan fenomena air pasang merah berhampiran perairan Sepanggar.

332483389_1389139301889369_3813092924977680412_n.jpg?resize=300%2C300&is-pending-load=1#038;ssl=1

Media melaporkan, Pengarah Jabatan Perikanan Labuan, Faizal Ibrahim Suhaili memaklumkan, pihaknya memantau dengan teliti kemasukan kerang-kerangan dari Sabah melalui terminal feri bagi mengelak kes keracunan kerang-kerangan paralitik (PSP).

BACA JUGA: Negara Dalam Bahaya Sekiranya Pandemials & Precariats Tidak Dibantu

BACA JUGA: Turkiye-Syria Digegar Sekali Lagi, 3 Terkorban

BACA JUGA: Etika Pemakaian Patuh Syariah Bakal Dikuat Kuasa Di Terengganu

“Memandangkan Jabatan Perikanan Sabah telah mengeluarkan amaran fenomena air pasang ini, maka fenomena ini juga berlaku di Labuan disebabkan perairan Labuan termasuk dalam perairan Sabah,” katanya.

Tambahnya, “Air pasang merah boleh bertahan selama beberapa hari, minggu, atau bulan dan boleh berubah setiap hari disebabkan keadaan angin dan arus air…angin darat biasanya membawanya berhampiran pantai dan angin luar pesisir meniupkannya ke laut.”

“Jangan makan moluska (kerang atau tiram) yang hasil daripada fenomena air pasang merah, kerana ia mengandungi toksin yang menyebabkan keracunan makanan,” tegasnya.

Keracunan kerang-kerangan paralitik adalah sindrom yang boleh dialami sesiapa sahaja jika mereka makan makanan laut yang tercemar disebabkan fenomena air pasang.

PSP boleh mengancam nyawa dan sering terjadi dalam masa dua jam pengambilan dan gejala termasuk kesemutan; terbakar; kebas; mengantuk dan lumpuh pernafasan.

Baru-baru ini, Jabatan Perikanan Sabah mengeluarkan Notis Amaran Ledakan Air Pasang Merah selepas penemuan alga air pasang merah di beberapa perairan pantai sekitar Kota Kinabalu dan Tuaran.

Fenomena yang berpunca daripada pertambahan populasi jenis alga tertentu boleh menghasilkan toksin merbahaya yang menjejaskan hidupan marin dan kesihatan manusia.

Bagi mengurangkan kesan air pasang merah, Kerajaan Negeri Sabah melalui Jabatan Perikanan telah mengambil beberapa langkah termasuk mengharamkan sementara penuaian, penjualan dan penggunaan kerang dari kawasan terjejas.

Orang ramai juga dinasihatkan supaya tidak berenang di perairan sekitar Kota Kinabalu dan Tuaran sehingga diberitahu kelak. Kerajaan memantau dengan teliti keadaan dan akan memberikan maklumat terkini jika perlu.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: