Tempatan

SWWS Sokong Beri Dokumen Sementara Pada Kanak-Kanak Tiada Kerakyatan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

RABU, 13 April 2022 – Persatuan Wanita Untuk Wanita Sarawak (SWWS) menyambut baik keputusan kerajaan Negeri Sarawak untuk memberi dokumentasi sementara kepada beberapa orang kanak-kanak tanpa kewarganegaraan bagi membantu mereka mendapatkan pendidikan serta penjagaan kesihatan di negeri itu, lapor Malaysiakini.

Presiden SWWS, Angie Garet dalam satu kenyataan media berkata,

“Ini adalah langkah menyelamatkan nyawa, kerana ia akan memudahkan akses kanak-kanak ini kepada penjagaan kesihatan dan pendidikan sementara permohonan mereka untuk kewarganegaraan sedang diproses.”

“Tanpa pendidikan dan penjagaan kesihatan, kita akan menyebabkan kanak-kanak ini keciciran, menjejaskan perkembangan mereka dan mewujudkan masalah masa depan untuk mereka dan negara.”

Berikutan itu, Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Fatimah Abdullah memaklumkan bahawa Pejabat Premier Sarawak akan mengeluarkan dokumentasi sementara kepada kanak-kanak tanpa kerakyatan yang layak memohon kewarganegaraan di bawah Seksyen 15A Perlembagaan Persekutuan.

“(Oleh itu) Pejabat Premier Sarawak (bersetuju) mengeluarkan satu dokumen sokongan sementara bagi menyokong mereka yang (bertaraf) ‘stateless person’ serta individu yang layak untuk mendapatkan akses pendidikan dan kemudahan kesihatan di negeri ini.”

Walau bagaimanapun, beliau turut menegaskan mengenai surat dokumen sokongan tersebut bukan menjadi satu perjanjian yang menandakan bahawa mereka telah mendapatkan status kewarganegaraan Malaysia.

Tambah Fatimah yang belum mendedahkan tarikh bila pengeluaran dokumen sementara, satu jawatankuasa juga akan ditubuhkan bagi meneliti permohonan dan pengeluaran dokumen tersebut.

Menurut beliau, dokumen itu diharapkan dapat membantu kanak-kanak yang berstatus bukan warganegara atau berstatus belum ditentukan kerana perkahwinan tidak teratur ibu atau bapa mereka dengan warga asing.

Apabila kanak-kanak tersebut membesar tanpa mendapatkan pendidikan yang selayaknya, mereka akan mengalami kesukaran dalam mendapat pekerjaan dan seterusnya akan meneruskan putaran kemiskinan keluarga.

“Ramai (kanak-kanak terbabit) didapati daripada keluarga miskin dan kami amat bimbang sekiranya mereka ini tidak mendapat pendidikan,” kata beliau.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: