Perjanjian Baharu? Tak Perlu! Kaji Dan Perbaiki MA63 Sedia Ada – Maximus Ongkili
Jangan lupa sertai Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini
KOTA KINABALU, 16 Mei 2021 – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) Datuk Seri Dr Maximus Ongkili menegaskan, tiada keperluan untuk merangka draf perjanjian baharu bagi menggantikan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) yang memperuntukkan Sabah dan Sarawak bergabung dengan Malaya dalam membentuk Malaysia.
Bagi Ongkili, lebih baik mengkaji MA63 dan memperbaiki segala kelemahan dan melihat bagaimana ia dapat membantu penduduk di Sabah dan Sarawak berbanding membuat perjanjian baharu.
Merujuk gesaan Kitingan baru-baru ini untuk mendraf perjanjian baharu bagi menyelesaikan status Sabah dan Sarawak di Malaysia, Ongkili berkata, banyak perkara di luar Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) perlu dipertimbangkan, jika ia dilakukan.
Daripada “membuat cadangan tidak perlu”, Ongkili berkata, Kitingan yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah sepatutnya memfokuskan usaha berterusan untuk menyelesaikan isu MA63.
“MA63 merupakan perkara yang perlu dikendalikan dengan bijaksana serta memerlukan pemahaman yang lebih baik dan semua pihak perlu amat berhati-hati dalam membaca situasi melibatkan perjanjian tersebut.”
“Risik kesilapan dalam MA63 dan jika kerajaan gagal menangani sebarang kekurangan, maka mungkin kita dapat mengabaikan perjanjian lama dan merangka draf baharu…tetapi juga penting untuk mengetahui apa implikasinya daripada menggugurkan MA63.”
Tambahnya lagi, kerajaan semasa sedang melakukan apa yang tidak pernah dibuat sebelum ini – menangani kekurangan.
“Kami sudah mengendalikan kelemahan ini, membetulkan perkara yang dikenal pasti jawatankuasa kerja di bawah Majlis Khas MA63 (MKMA63), serta rakyat Sabah dan Sarawak.”
“Jika kita mahu mewujudkan perjanjian baharu, ia perlu dibentangkan di Parlimen dan kedua-dua DUN itu untuk kelulusan. Ia adalah proses yang panjang.”
Ujar Ongkili lagi, satu modul mengenai kandungan sejarah dan aspek perundangan MA63 perlu disediakan untuk membolehkan orang ramai, khasnya generasi muda memahami kepentingan pembentukan Malaysia.
Ini akan dilakukan dengan kerjasama Persatuan Undang-undang Sabah (SLS).
“Modul ini boleh menjadi bahan standard untuk sekolah dan libat urus awam.”
Timbalan Ketua Menteri Sabah Jeffrey Kitingan baru-baru ini menggesa kerajaan mewujudkan Perlembagaan Persekutuan dan Perjanjian Malaysia (MA) yang baharu.
Dakwanya, Perlembagaan sedia ada sekarang bukanlah Perlembagaan Malaysia manakala Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) pula tidak sesuai dengan aspirasi Sabah dan Sarawak.