Tempatan

Hujan Berterusan, Trend Aras Air Di Sarawak Kini Di Aras Bahaya

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 28 Februari 2023 – Hujan berterusan sejak dua hari lepas telah mengubah trend aras air Sarawak sehingga meningkat mencapai tahap bahaya.

Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Malaysia setakat pukul 11 pagi tadi melaporkan keadaan air di Muput, Bintulu kini berada setinggi 8.53m iaitu telah melepasi tahap bahaya (8.5m) sebanyak 0.03m.

Aras air di Kampung Git, Kuching pula telah melebihi tahap bahaya (13.1m) sebanyak 0.58m.

BACA JUGA: ‘Ummi’ Ditahan, Aktifkan Kembali Ajaran Sesat Di Negeri Sembilan

BACA JUGA: Hina YDPA, Pekebun Didenda RM6,500

BACA JUGA: Cetak 2 Juta Quran ‘Berbaloi’, Dakwah Kepada Pengkritik Islam

Dalam pada itu, JPS turut meramalkan lembangan sungai Balang Talau juga akan melepasi aras bahaya (8.5m) sebanyak 0.39m pada tengahari ini.

Sementara itu, 17 mangsa banjir daripada tujuh keluarga dipindahkan ke dua pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah Bau dekat Kuching awal pagi ini.

PPS Dewan Tanjung Batu, Tasik Biru dibuka jam 6.40 pagi bagi menempatkan 13 mangsa daripada enam keluarga setelah kediaman mereka dinaiki air.

PPS Balai Raya Kampung Opar pula dibuka pada 7 pagi bagi menempatkan empat lagi mangsa daripada sebuah keluarga.

Beberapa kawasan penempatan penduduk lain yang turut terjejas antaranya di Kampung Simpok, Kampung Benok, Kampung Bratan, Taman Sejoli Petra Jaya, dan Kampung Batu Kitang Padawan.

Angkatan Pertahanan Awam (APM) Sarawak melaporkan pemantauan berkala masih berjalan di beberapa kawasan berisiko banjir berdasarkan trend air yang masih menaik.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: