NGO

Populasi Penduduk Sabah Dan Sarawak Bertentangan Kuota Kerusi Yang Dituntut – Pengerusi Gerakan Pembela UMMAH

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 21 September 2022 – “Saya setuju, agar keseimbangan kuasa Semenanjung, Sabah dan Sarawak sewajarnya diukur juga kepada prinsip demokrasi berbanding dengan populasi penduduk negara,” ujar Pengerusi Gerakan Pembela UMMAH, Cikgu Mohd Zai Mustafa.

Menurutnya, populasi 20% jumlah penduduk di Sabah dan Sarawak akan bertentangan dengan jumlah kuota kerusi yang dituntut sebanyak 35% itu. Maka, ini sudah bertentangan dan mengganggu hak demokrasi.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan aktivis veteran Malaysia Timur, Peter John Jaban dalam isu peruntukan 35 peratus kerusi Parlimen yang dituntut oleh Sabah dan Sarawak seperti yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia (MA63) sebagai berkata,  “Kuota kerusi itu bertentangan prinsip demokrasi kerana dua negeri itu hanya membentuk 20% daripada populasi negara.”

Menurut Cikgu Mohd Zai Mustafa, sebab itu, soal keseimbangan kuasa Parlimen bagi Semenanjung, Sabah serta Sarawak memerlukan perbincangan dan penelitian yang menyeluruh, teliti dan rapi.

“Adalah sangat penting bagi mengukuhkan kuasa parlimen di Semenanjung, Putrajaya, dengan Sabah dan Sarawak sebagai pengimbang dan pelengkap,” katanya.

Ditanya apakah pendirian UMMAH tentang isu pengembalian kuota Kerusi Parlimen 35% Sabah dan Sarawak seperti yang panas seminggu dua ini beliau menegaskan,

“Isu ini merupakan sebahagian daripada perjanjian MA63 yang perlu penelitian dan perbincangan yang menyeluruh bagi mencapai keseimbangan politik di antara Semenanjung dan juga Sabah dan Sarawak.”

“Kerana ini juga bergantung kepada demografi-populasi penduduk dan keperluan keseimbangan politik.”

Ianya, bersifat anjal dan perlu diperhalusi oleh pelbagai pihak yang berkepentingan.

Soalnya, adakah ia sesuai untuk dilaksanakan pada PRU Ke-16 sebagaimana yang diminta perlu kepada perbincangan yang lebih rapi dan teliti.

Tambah beliau lagi, keseimbangan kuasa politik di Parlimen menjadi perkara utama yang perlu diteliti dan diperhalusi sebaiknya kerana sebarang keputusan yang dibuat boleh menjejaskan kuasa penentu di peringkat Persekutuan dan di Semenanjung.

Ketika ditanya apakah pandangan UMMAH berkenaan pendekatan sesetengah pihak yang cuba melakukan desentralisasi kuasa Putrajaya.

Cikgu Mohd Zai menjelaskan, desentralisasi bermaksud Kerajaan Pusat memberi kuasa yang lebih kepada Kerajaan Negeri-Negeri, khususnya Sabah dan Sarawak,

Sememangnya, sudah ada kuasa-kuasa yang diberikan secara mutlak kepada Kerajaan Negeri berkaitan tanah, agama dan hak kaum Bumiputera di Sabah dan Sarawak.

“Bagi perkara yang melibatkan polisi dan dasar negara dan luar negara ia adalah hak mutlak Persekutuan,” tegasnya.

Bagaimanapun, mungkin ada beberapa tanggungjawab Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Negeri yang perlu diberi perhatian agar ia dilihat dan dirasa seimbang dan tidak dirasai dianaktirikan seperti perkara kesihatan, pendidikan, pembangunan luar bandar dan kelestarian ekonomi rakyat.

Maka, perkara ini perlu diselaraskan dan diseimbangkan dengan sebaiknya agar kuasa dan pelaksanaan ini tidak mengganggu proses pembangunan di Sabah dan Sarawak.

Sudah tentu, ketidakseimbangan pembangunan ini membuatkan rakyat Sabah dan Sarawak rasa disisihkan dan akhirnya ada pihak yang menggunakan perkara ini bagi menuntut dan mendesak agar desentralisasi kuasa dilaksanakan,” jelas beliau mengakhiri kenyataannya.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: