Tempatan

Amaran Bahaya Hujan Lebat Di Sarawak-MET Malaysia

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PETALING JAYA, 23 Disember 2022 – Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran bahaya hujan lebat berterusan di negeri Sarawak sehingga Sabtu, 24 Disember 2022.

Amaran bahaya dikeluarkan terhadap beberapa bahagian Sarawak termasuk Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman dan Betong akibat hujan sangat lebat berterusan dijangka berlaku di kawasan tersebut.

Manakala hujan lebat berterusan pula dijangka melanda Sarikei dan Mukah melibatkan daerah Tanjung Manis dan Daro.

Selain itu, METMalaysia juga mengeluarkan amaran tahap waspada hujan berterusan diramal akan berlaku di bahagian Sibu, Mukah (Matu, Dalat dan Mukah), Bintulu, Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi) dan Limbang.

Hujan berterusan turut dijangka melanda Wilayah Persekutuan Labuan dan negeri Sabah di Pedalaman (Sipitang, Kuala Penyu, dan Beaufort), Pantai Barat, Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: