Tempatan

RM50 Juta, Federal Benarkan Sabah & Sarawak Putuskan Sendiri

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini. 

PUTRAJAYA, 04 Januari 2023 – Semua projek Kerajaan di Malaysia Timur di bawah bajet RM50 juta kini akan diputuskan oleh Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak sendiri tanpa melalui Kerajaan Persekutuan.

Menurut Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, ia adalah langkah awal untuk menunjukkan bahawa Kerajaan serius dalam melaksanakan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

BACA JUGA: Warisan Harap Kerajaan Pimpinan Anwar Ibrahim Dapat Muktamadkan MA63

BACA JUGA: Jawatankuasa Bersama Peringkat Tertinggi Platform Utama Selesai Isu MA63

BACA JUGA: Cadangan Perjanjian Baharu MA63 “Terpesong” – Maximus Ongkilili

Jelas Anwar dalam satu kenyataan hari ini, perkara itu telah diputuskan oleh Kabinet berikutan banyak projek di Sabah dan Sarawak telah tertangguh disebabkan birokrasi dalam membuat keputusan daripada Kerajaan Persekutuan.

Dalam pada itu, terdapat juga peruntukan lanjut daripada Kerajaan Persekutuan yang dibuat untuk Sabah dan Sarawak yang akan diberi melalui Kementerian Kerja Raya.

Mengulas lanjut, Kabinet telah pun membincangkan dengan panjang lebar berhubung keperluan kemahuan politik Kerajaan untuk komited kepada MA63 yang sekian lama tertangguh.

Pada akhir bulan depan, satu mesyuarat jawatankuasa khas mengenai MA63 akan diadakan di Kuching, Sarawak dan dipengerusikan oleh Perdana Menteri.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: