Tempatan

Amaran Hujan Berterusan Di Beberapa Bahagian Sarawak

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 29 Disember 2022 – Amaran hujan berterusan tahap waspada dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) melibatkan beberapa bahagian Sarawak bermula 30 hingga 31 Disember ini.

Antara kawasan yang terlibat ialah Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu (Sibu) dan Mukah.

Sebelum ini, METMalaysia juga telah mengeluarkan Amaran Angin Kencang Dan Laut Bergelora di perairan Laut China Selatan yang berkuat kuasa sehingga 3 Januari 2023.

Jelas METMalaysia, penumpuan angin dijangka berlaku di barat Sarawak pada 30-31 Disember 2022 yang berpotensi menyebabkan hujan berterusan di kawasan tersebut.

“Orang awam adalah dinasihatkan untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan semua media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker