Tempatan

Anak Angkat Berjaya Buang “Bin Abdullah”

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SARAWAK, 19 Februari 2022 – Seorang kanak-kanak lelaki kini boleh meletakkan nama bapa angkat beliau di dalam pendaftaran namanya apabila berjaya dalam sebuah proses mahkamah baru-baru ini.

Hal tersebut berlaku apabila Pegawai Pejabat Daerah membuat keputusan untuk tidak meneruskan rayuan ke atas keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan rekod nama kanak-kanak tersebut diubah untuk membuang “Bin Abdullah” dari pendaftaran namanya.

Menurut portal Malay Mail, peguam yang mewakili ibu bapa angkat kanak-kanak tersebut, Belinda Hii, telah menghubungi Pegawai Daerah tersebut sebelum dimaklumkan rayuan tidak akan diteruskan oleh pihak Pejabat Daerah Sibu.

Terdahulu, hakim Mahkamah Tinggi, Cristopher Chin Soo Yin JC, telah mengarahkan Pejabat Daerah Sibu dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk menukarkan nama bapa kanak-kanak tersebut dalam senarai rekod pengambilan anak angkat, sijil anak angkat dan sijil kelahiran.

Pegawai Daerah Sibu pada asalnya menghujahkan bahawa meletakkan “Bin Abdullah” dalam nama kanak-kanak tersebut adalah selari dengan garis panduan yang ditetapkan oleh Pejabat Mufti Sarawak.

Mahkamah Tinggi, dalam menolak hujahan tersebut, bagaimanapun menegaskan bahawa kes tersebut bukanlah untuk ‘mengesahkan’ anak tak sah taraf, tetapi sekadar menukarkan nama kanak-kanak tersebut. Mahkamah juga menyatakan bahawa keputusan tersebut dibuat setelah mengambil kira kebajikan kanak-kanak tersebut.

Leave a Reply

Back to top button