Tempatan

Mohon Kerajaan Cari Formula Turunkan Harga Barang – Persatuan Keselamatan Pengguna KL

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 22 Mac 2022 – Kerajaan seharusnya mencari formula menurunkan harga barang keperluan, kata Yang Dipertua Persatuan Keselamatan Pengguna Kuala Lumpur (PKPKL), Samsudin Mohd Fauzi.

Samsudin menyuarakan perkara ini supaya para peniaga tidak mengambil kesempatan menaikkan harga barangan berikutan keputusan kerajaan menetapkan gaji minimum RM1,500.

BACA: Naikkan Harga Atau Tiga Juta Telur Tiada Ramadhan Ini — Lee Yoon Yeau

BACA: Harga Makanan Berasaskan Ayam Dijangka Naik Pada Ramadan

BACA: Kambing Aqiqah Harga Yahudi – Netizen

Menurut laporan dari Utusan Malaysia, Samsudin berkata harga barang keperluan dan perkhidmatan dijangka mengalami inflasi April ini.

Oleh yang demikian, beliau khuatir jika langkah kerajaan tidak memberi impak positif kepada keperluan harian rakyat, malah memaksa rakyat membayar balik dengan kenaikan harga barang.

“Kerajaan tidak sepatutnya hanya mendengar pendapat kesatuan pekerja sahaja sebaliknya perlu mengambil pendapat persatuan pengguna. Mungkin kerajaan akan kelihatan popular dengan langkah ini tetapi popular itu akhirnya akan memberi beban secara terus kepada rakyat yang akan menyebabkan inflasi, akhirnya memberi kesan kepada kerajaan dan negara,” ujar beliau.

Beliau turut menzahirkan kegusarannya jika peniaga kecil terpaksa menghentikan operasi kerana tidak mampu membayar gaji pekerja.

“Tidak mungkin Makcik Kiah yang berniaga pisang goreng boleh membayar gaji pekerja sekiranya Makcik Kiah nak mengembangkan lagi perniagaannya menggunakan pekerja lebih lima orang.”

Ulasnya, PKPKL menyaran agar pihak kerajaan menilai kembali perkara ini bagi mempertahankan industri sederhana atau kecil. Mereka turut berpendapat bahawa pelaksanaan gaji minimum ini hanya boleh dipakai syarikat modal berbayar melebihi lima juta dan bukan kepada syarikat sederhana atau kecil.

Presiden Lembaga Perlindungan dan Kebajikan Pengguna Malaysia (LPKPM), Dr Lee Nan Sang turut menjangkakan inflasi dunia akan berlaku dan setiap negara serta rakyatnya harus memainkan peranan untuk mengurangkan risiko gelombang inflasi.

Tegasnya, walaupun inflasi tidak dapat dielakkan, namun impaknya boleh dikurangkan. LPKPM mengingatkan bahawa kenaikan kadar gaji minimum bukan satu alasan yang membenarkan peniaga menaikkan harga barangan.

Sebelum ini, kerajaan telah meluluskan pelaksanaan kadar gaji minimum baharu kepada RM1,500 sebulan mulai 1 Mei 2022. Pelaksanaan tersebut mengambil kira peningkatan kos sara hidup serta beban yang ditanggung golongan B40.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: