Tempatan

Persatuan Majikan Bantah Gaji Minimum RM1,500

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 08 Februari 2022 – Presiden Majikan-Majikan Malaysia (MEF) Datuk Dr Syed Hussain Syed Husman berkata, majoriti perniagaan Malaysia tidak bersedia dan tidak dapat melaksanakan cadangan gaji minimum RM1,500.

Ini kerana mereka belum mencapai kestabilan ekoran kejutan ekonomi akibat Covid-19 dan kesan buruk daripada banjir besar baru-baru ini.

Menurutnya, cadangan pelaksanaan gaji minimum baharu RM1,500 akan menjejaskan pemulihan ekonomi.

BACA: Naikkan Harga Atau Tiga Juta Telur Tiada Ramadhan Ini — Lee Yoon Yeau
BACA: Seleweng Ribuan Minyak Masak Subsidi Untuk Sembah Berhala, KPDNHEP Tumpas Sindiket
BACA: Harga Barang Dijangka Naik Selepas Tahun Baru Cina – DPMM

“Kita mesti ingat, kebanyakan perniagaan Malaysia adalah perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) dengan 98.9 peratus berada dalam kumpulan ini.”

Apatah lagi “Gaji minimum RM1,500 kebanyakannya akan diberikan kepada buruh asing memandangkan rakyat tempatan sudah dibayar gaji yang lebih tinggi, ini sekaligus menyebabkan pengaliran keluar wang akan terus meningkat.”

Bukan itu sahaja, menurut beliau, seorang pekerja yang gaji semasanya jauh melebihi gaji minimum boleh hilang semangat sekiranya tiada pelarasan gaji.

“Sebarang kenaikan ke atas gaji minimum akan memberi manfaat kepada pekerja yang gajinya lebih rendah daripada kadar gaji minimum kebangsaan baharu dan sebahagian besar daripada mereka ialah pekerja asing.”

Oleh itu, lebih banyak usaha sewajarnya dilakukan untuk pemulihan perniagaan dalam sektor swasta di samping mengawal kenaikan kos produk dan perkhidmatan, kata Datuk Dr Syed Hussain lagi.

Justeru, beliau sekali lagi menegaskan bahawa, sekarang bukan masa yang sesuai untuk meningkatkan kos menjalankan perniagaan.

Terdahulu, Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan memaklumkan, negara ini dijangka menikmati penetapan kadar gaji minimum yang baharu, pada nilai sekitar RM1,500 sebulan sebelum penghujung tahun ini.

Namun ia tetap bergantung kepada keputusan Jemaah Menteri.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: