PRU-15

Kenaikan Gaji Minimum Penjawat Awam Tiada Dalam Manifesto – Presiden CUEPACS

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 12 November 2022 – Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Adnan Mat berkata kenaikan gaji minimum kepada RM1,800 untuk penjawat awam tidak disentuh di dalam manifesto Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) oleh parti politik.

Oleh itu, beliau menyifatkan segala tawaran manifesto oleh parti berkenaan dianggap belum sampai tahap sempurna kerana isu penjawat awam seperti penyelarasan kadar gaji minimum kepada RM1,800 yang diminta sejak sekian lama tidak dimasukkan.

Tambah Datuk Adnan Mat, pihaknya sudah memaklumkan perkara berkenaan permintaan kenaikan tersebut sejak sekian lama, namun malangnya isu tersebut masih tidak wujud.

Walau bagaimanapun, pihaknya menghargai jasa parti berkenaan yang mengambil berat isu kebajikan penjawat awam menerusi manifesto yang dilancarkan, tetapi gaji penjawat awam yang tidak disentuh itu menunjukkan kebajikan penjawat awam masih tidak mencukupi.

Samudera.my sebelum ini melaporkan berkenaan kenyataan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) yang mencadangkan gaji minimum baharu untuk sektor awam dinaikkan daripada RM1,200 kepada RM1,800 sebulan.

Cadangan kenaikan gaji minimum tersebut adalah setimpal dengan kos perbelanjaan dan barangan yang kian meningkat, jelas Datuk Adnan Mat

Beliau berkata, sebelum ini juga Kerajaan menetapkan bahawa gaji penjawat awam disemak setiap 10 tahun dan sistem saraan perkhidmatan awam itu kali terakhir disemak pada 2002.

“CUEPACS melihat apabila Kerajaan sendiri menetapkan setiap 10 tahun, maknanya tahun ini adalah tahun yang memerlukan Kerajaan untuk menyemaknya semula.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: